P

Artikel Pilihan

Mesti Baca

Kenapa Couple Itu Haram? Disini Dalilnya

news image

Ramai remaja membuat alasan bahawa couple itu tidak haram kerana tiada nas yang melarang padanya. Betulkah tiada nas? Bahkan terlalu... Read more

A. Ubaidillah | Julai, 06 2011

Wanita Menyebabkan Lelaki Jadi Lalai

news image

ana ade masalah tentang hubungan , ana menyukai seorang lelaki yg bnama ****** , ana mula menyukai dia semenjak dia menjadi... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 21 2011

Nikah Gantung: Isu Wali & Risikonya

news image
Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan buat ustaz kerana berkesempatan membaca emel saya ini. Saya selalu mengikuti blog ustaz atas cadangan... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 14 2011

ARTIKEL UTAMA

Ustaz Cinta

Perlukah ustaz Cinta Menjadi Agen Baitul Muslim?


http://4.bp.blogspot.com/-fcJzy8pM6mU/TvwmxXy2-dI/AAAAAAAABv4/D73k3cz46u4/s1600/stories.demo.png Dalam internet memang terdapat portal atau forum yang menjadi perantara untuk mencari jodoh. Namun, ia diasaskan tanpa batasan syariat. Tiada langkah dan panduan yang jelas. Perhubungan berlangsung secara bebas.

Kebetulan pula, seminggu dua ini USTAZ CINTA menerima beberapa permintaan untuk mencari pasangan kepada individu tertentu. Seolah-olah menjadi agen pencari jodoh. Ustaz Cinta berfikir, mungkin wajar jika diwujudkan satu Bahagian Khas untuk membantu Muslimah dan muslimin yang BELUM BERKAHWIN untuk mencari jodoh yang sesuai. Ia bukan untuk semua, ia kepada mereka yang MEMERLUKAN bantuan sahaja.

LANGKAH PERTAMA
Sebagai cadangan awal. Sesiapa yang merasakan PERLU memohon bantuan USTAZ CINTA perlu mengisi :

- BORANG BIOGRAFI PERIBADI
(Ketinggian, berat badan, minat, kegemaran, latar keluarga, latar pendidikan dan macam-macam lagi) * No Telefon ibubapa disertakan.

- BORANG CIRI-CIRI PASANGAN IDAMAN
(Jenis profesion pasangan, jenis sifat pasangan, warna kulit pilihan, lokasi negeri, fikrah, bakat dan kemahiran yang dirasakan perlu ada dalam diri pasangan)

- JENIS PERKAHWINAN YANG DIRANCANG (Segera / Bila-bila masa / Besar-besaran / Sederhana)

- GAMBAR. Setiap pemohon diwajibkan menghantar gambar terbaru. Namun, gambar itu tidak akan didedahkan secara umum. Ia akan dipaparkan kepada mereka yang berkenaan setelah melalui beberapa proses.

LANGKAH KEDUA
Penyesuaian calon dibuat, maklumat dihantarkan menerusi emel sahaja oleh admin atau webmaster. Tiada perhubungan secara TERUS antara calon yang mencari pasangan. Sebarang persoalan berbangkit, pihak admin akan tapis dan nilai dahulu. Gambar calon belum disertakan.

Di sini pihak admin akan memaparkan maklumat beberapa orang calon yang SESUAI sahaja kepada pemohon. Sekiranya pihak pemohon mahu menolak, menilai atau memilih, maka di sinilah TEMPATNYA.

LANGKAH KETIGA
Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan perincian di dalam borang. Barulah gambar akan didedahkan untuk penilaian.

LANGKAH KEEMPAT
Istikharah dan membuat pertimbangan. (7 hari diberikan untuk penilaian)

LANGKAH KELIMA
Selepas 7 hari. Jika kedua-dua pihak setuju untuk meneruskan perhubungan, maka pihak calon masing-masing diminta memberitahu ibubapa akan keputusan ini. Admin akan menasihatkan agar menyerahkan urusan selanjutnya kepada keluarga calon yang terlibat.

Sekiranya... ada salah satu pihak menolak, akan dibuat muhasabah kembali. Sekiranya tidak boleh diteruskan, maka hubungan akan berakhir di situ sahaja. Kegagalan di peringkat ini akan menyebabkan pemohon perlu membuat permohonan baru.

Di peringkat ini, Admin menyerahkan segalanya kepada calon, apa sahaja urusan yang berlaku selepas ini bukan lagi dibawah tanggungjawab admin.

PENUTUP
Adakah cadangan ini wajar dilaksanakan? Mohon Respon pembaca...

Jika tiada respon, ustaz fikir ia belum sampai masa untuk diwujudkan.

Wassalam.


1 Responses to "Perlukah ustaz Cinta Menjadi Agen Baitul Muslim?"
iXoRa_sKRu berkata...

Menarik cadangan ustaz... kira yang berada di mana2 pun boleh apply ker?


19 Februari 2012 8:52 PG

Catat Ulasan