Bismillahirrahmanirrahim,Apakah hukum dan patut seseorang muslimah lakukan apabila disapa oleh seseorang lelaki yang bukan muhrim samaada kenal atau tidak, samaada muslim atau kafir. Bolehkah jika muslimah itu buat tidak tahu sahaja? Adakah imej islam akan buruk (islam itu sombong dan tidak peramah) jika dia buat tidak tahu sahaja demi menjaga diri muslimah itu sendiri?
Jika jawapannya adalah menjawab sapaan itu, apakah method yang disyariatkan? Dan bukankah keadaan yang membenarkan komunikasi antara lawan jenis dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja? Adakah keadaan ini termasuk dalam keadaan tertentu tersebut?Syukran di atas penerangan..
RESPON USTAZ
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Soalan saudari itu sebenarnya cukup baik bahkan ustaz percaya saudari sudah memahami hukum-hukum asas dalam memberi dan menjawab salam.
SITUASI BIASA
Dalam situasi BIASA. Apabila kita ditegur khususnya oleh orang ISLAM dengan perkataan salam, maka sesiapapun wajib menjawab salam itu. Sama ada dengan perlahan atau dengan terang. Tidak kira lelaki atau perempuan. Jawapan salam pula perlu sama panjang dengan si pemberi atau lebih panjang lagi.
Ini bersesuaian dengan firman Allah surah An-Nisa ayat 86 “Apabila kamu diberi satu penghormatan (ucapan salam) maka hendaklah menjawabnya dengan lebih baik atau serupa dengannya”
Apabila orang kafir memberi salam, maka HARAM kita menjawab salamnya. Ini adalah suatu hukum yang jelas.
MEMBERI RESPON KEPADA SAPAAN
Berdasarkan ayat di atas juga. Apabila kita ditegur dengan perkataan yang baik... maka kita dituntut memberi respon yang baik. Tidak kira orang kafir atau muslim. Kerana menjawab sapaan dan beramah mesra itu adalah termasuk dalam akhlak mulia.
Apa yang perlu difahami ialah, bukan semua sapaan itu perlu dilayan. Ini bergantung kepada keadaan. Khususnya apabila sapaan itu datang dari berlainan jantina dan di tempat yang sunyi atau tertutup. Sebagai contoh, ada orang menyapa kita di tempat parking tertutup. Atau di dalam lif. Atau di dalam bilik kosong. Maka, tidak wajib kita memberi respon dalam keadaan ini.
Adalah salah jika kita bersangka buruk dengan sesiapapun. Namun, kita hanya perlu membatasi perbualan dan respon yang diberikan berdasarkan situasi. Jika berduaan dan di tempat yang boleh mendatangkan fitnah. Elakkan segera dan keluar dari situ.
JIKA SAPAAN DATANG DITEMPAT TERBUKA, maka dituntut memberi respon. Jawablah sapaan itu mengikut keperluan sahaja. Jangan terlalu mesra alam pula. Responlah kepada mana-mana sapaan selagi mana ia TIDAK BERBAUR PERIBADI atau BERUNSUR SEKSUAL. Jika sapaan itu memang ketara berunsur gangguan, maka segeralah menjauhkan diri.
INI adalah perkara asas yang boleh ditimbang mengikut suasana semasa. Kena pandai membaca suasana. Insya Allah terhindar dari maksiat.
Previous Article
ustaz, abru-baru ni saya ada menonton sebuah drama di tv. dalam drama tu ada seorang pelakon non-muslim memegang watak Islam. bahkan, ada babak bagi salam lagi.. sy rasa perkara ini seolah-olah kita memandang ringan hukum agama sebab major warga produksi cerita tu Melayu dn Islam... adakah ini dianggap mempersendakan agama?
3 Januari 2012 4:30 PTG
Jika non muslim berlakun watak Islam dan memberi salam, memang jelas ada kesalahan dan perlanggaran hukum. Cuma, kita tidak boleh nak tuduh mereka persendakan hukum atau apa-apa kerana kita tidak tahu nawaitu pihak produksi.
Apa yang pasti, ada dosa yang mereka tanggung. Ini adalah kesalahan yang agak berat jika memang terkandung niat mempersendakan agama. Apapun, kita pakat2 usahakan agar suatu hari nanti produksi filem ini dikuasai oleh orang Islam yang faham agama. Insya Allah.
8 Januari 2012 9:51 PG
insyaAllah.. syukran jaziilan ustaz
8 Januari 2012 11:55 PG
satu persoalan ye ustaz...apakah hukum wanita memberi salam kepada lelaki...cth, kite nmpk lelaki itu(sahabat kita), x tegur mcm x kena plak..jd,apa yg wajar dilakukan pd saat itu..?
24 Januari 2012 1:51 PG
Catat Ulasan