P

Artikel Pilihan

Mesti Baca

Kenapa Couple Itu Haram? Disini Dalilnya

news image

Ramai remaja membuat alasan bahawa couple itu tidak haram kerana tiada nas yang melarang padanya. Betulkah tiada nas? Bahkan terlalu... Read more

A. Ubaidillah | Julai, 06 2011

Wanita Menyebabkan Lelaki Jadi Lalai

news image

ana ade masalah tentang hubungan , ana menyukai seorang lelaki yg bnama ****** , ana mula menyukai dia semenjak dia menjadi... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 21 2011

Nikah Gantung: Isu Wali & Risikonya

news image
Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan buat ustaz kerana berkesempatan membaca emel saya ini. Saya selalu mengikuti blog ustaz atas cadangan... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 14 2011

ARTIKEL UTAMA

Ustaz Cinta

LANGKAH-LANGKAH MENCARI JODOH.


http://4.bp.blogspot.com/-fcJzy8pM6mU/TvwmxXy2-dI/AAAAAAAABv4/D73k3cz46u4/s1600/stories.demo.pngAssalamualaikum ustaz,

saya tidak mempunyai masalah cinta tetapi sebaliknya saya ingin mencari teman sejati kiranya jika bertemu dengan lelaki yang baik dan beriman untuk mendirikan masjid.

untuk pengetahuan ustaz, saya agak sukar untuk meluahkan perasaan kerana ia berbentuk peribadi tetapi saya juga manusia biasa yang kadangkala perlukan bantuan manusia selain memohon pertolongan dari ALLAH SWT..saya bukanlah muda lagi ustaz kerana usia saya sudah menjangkau 30an dan niat saya untuk mendirikan masjid sepertimana insan lain..7 tahun yang lalu saya telah kehilangan kekasih saya kerana kanser otak yang dihidapinya, niat dan hajat kami untuk mendirikan masjid tidak kesampaian, saya redha dan pasrah atas ketentuan Allah..hanya Allah yang mengerti perasaan dan hati saya masa itu ustaz,selepas dari peristiwa itu saya tidak terbuka hati untuk bercinta lagi..dari ceramah -ceramah agama, atas nasihat keluarga dan kawan-kawan terdetik hati saya untuk berubah dan terbuka semula pintu hati saya untuk mencari teman sejati,bukan niat bercouple ustaz tapi niat mendirikan masjid,bermula dari saat itu saya berusaha semampu yang boleh,konsep perigi mencari timba pun saya buat,

saya mencari di baitul muslim, saya minta ustaz/ustazah jika ada kenalan sila tunjukkan,saya cuba di ruangan chatting internet(tapi kurang yakin),minta kenalan dari rakan-rakan/saudara mara pun tiada..doa+usaha+tawakal.

Doa tanpa usaha tidak menjadi,usaha tanpa doa pun sama dan akhirnya tawakal..
untuk pengetahuan ustaz, saya merupakan pemegang ijazah di ipts dan sudah bekerja,di tempat kerja pun tiada kenalan ustaz, jadi di sini saya ingin meminta pendapat ustaz, apakah langkah @ jalan penyelesaian untuk bertemu cinta saya ustaz? apakah selepas ini saya mesti bertawakal sepenuhnya pada Allah?

RESPON USTAZ

Bismillahirrahmanirrahim

Sebenarnya soalan ini sudah banyak ditanyakan kepada ustaz. Kekadang ustaz terfikir, perlukan ustaz membuka LAMAN BAITUL MUSLIM ONLINE bagi membantu teruna dan dara mencari pasangan. Jika ustaz wujudkan laman ini, pasti ustaz perlu memikirkan langkah taaruf dan juga cara-cara proses itu dibuat. Ia akan memakan masa, kos dan tenaga.

Begini, respon kepada persoalan saudari...

Pertama perlu ikhtiar. Cari orang tengah yang boleh dipercayai untuk MENCARIKAN PASANGAN untuk kita. Minta bapa, abang dan bapa saudara yang lelaki untuk carikan kenalannya atau sesiapa yang dirasakan sesuai. Sebolehnya orang ini ramai kenalan dan tahu menjaga rahsia.

Kedua, dalam masa yang sama saudari perlu memberitahu kepada beberapa orang USTAZAH atau perempuan yang sudah berumahtangga agar dicarikan calon untuk saudari. Ingat, pilih orang yang boleh menjaga rahsia sahaja. ustaz bersedia untuk membantu jika saudari ini berada di KELANTAN. Tetapi, jika luar kelantan... ustaz tidak ada kemampuan.

JANGAN MALU, KERANA NIAT ITU BAIK. JANGAN TERLALU BERAHSIA, KERANA ITU AKAN MEMAYAHKAN PROSES. YANG PENTING, KENA PILIH ORANG YANG AMANAH UNTUK MEMBAWA TUGASAN INI.

Ketiga, teruskan berdoa dan bersolat hajat. Buat solat hajat setiap malam dengan bersungguh-sungguh. Kebanyakan yang mencari jodoh, mereka solat hajat sebulan sekali atau jarang2. Macam mana Allah nak bantu? Jadi? Buat setiap malam, insya allah Allah maha mendengar.

Wassalam.


0 Responses to "LANGKAH-LANGKAH MENCARI JODOH."

Catat Ulasan