Assalamualaikum UstazApa hukum jika ibu bapa tidak tahu anaknya bercinta? berdosakah kerana mengetepikan ibu bapa?
RESPON USTAZ
Bismillahirrahmanirrahim,
Soalan ini terlalu ringkas dan sangat subjektif. Jawapannya tidak akan sama kepada setiap individu kerana masalah tidak serupa. Jawapan ini ditujukan khusus kepada golongan perempuan.
Fahami elok-elok. Sekiranya anda mempunyai ibubapa yang beragama dan tahu menilai baik dan buruk. Maka, secara umumnya, ustaz berpandangan...
HARAM MEMBELAKANGI IBUBAPA YANG BAIK DAN TAHU HUKUM-HAKAM. Tidak boleh bagi anak perempuan itu mengetepikan ibubapa dalam urusan peribadinya... kerana bimbang dia akan MUDAH DIPERDAYA dan ini boleh membawa KESAN JANGKA MASA PANJANG dalam kehidupannya. Apatah lagi akibat dengan merahsiakan percintaan boleh membawa kepada PEMILIHAN SUAMI yang salah. Ini akan menjadi BALA sepanjang kehidupan berumahtangga.
Biasanya, kebanyakan gadis yang bercinta secara rahsia adalah kerana mahu menutup kekurangan yang ada pada lelaki yang dicintainya. Si gadis takut jika hubungan ini didedahkan... pasti keluarga menolak. Jika memang benar si lelaki itu ada kekurangan, maka tidak sewajarnya hubungan itu diteruskan apatah lagi dirahsiakan.
SEELOKNYA, si gadis perlu berkongsi pandangan dengan keluarga dan sama-sama menilai calon lelaki dari sudut pandangan ibubapa.
NAMUN, bagi sesetengah gadis yang mempunyai masalah keluarga terutamanya IBUBAPANYA yang bermasalah(Bercerai-berai atau jenis tidak boleh berunding) dan buruk perangai. Maka, ustaz berpandangan si gadis tetap perlu memberitahu hal percintaannya kepada orang yang boleh dipercayai. Seperti datuk dan nenek, atau makcik dan pakciknya. Jika dia ada abang, elok dirujuk kepada abang. Ini bertujuan untuk mendapat pencerahan dan pandangan dalam membuat pertimbangan.
Hati-hatilah jika bercinta secara rahsia, kerana kebanyakan pandangan kekasih yang suka bercinta secara rahsia ini adalah PANDANGAN YANG PENUH TIPUDAYA. Berbeza dengan orang yang terus terang dan tidak mahu merahsiakan perhubungan, orang sebegini lebih bertanggungjawab dan lebih dipercayai.
Fikirkan, renungkan dan buatlah tindakan yang betul. Demi masa depan anda.
Sekian terima kasih.
Previous Article
Catat Ulasan