P

Artikel Pilihan

Mesti Baca

Kenapa Couple Itu Haram? Disini Dalilnya

news image

Ramai remaja membuat alasan bahawa couple itu tidak haram kerana tiada nas yang melarang padanya. Betulkah tiada nas? Bahkan terlalu... Read more

A. Ubaidillah | Julai, 06 2011

Wanita Menyebabkan Lelaki Jadi Lalai

news image

ana ade masalah tentang hubungan , ana menyukai seorang lelaki yg bnama ****** , ana mula menyukai dia semenjak dia menjadi... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 21 2011

Nikah Gantung: Isu Wali & Risikonya

news image
Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan buat ustaz kerana berkesempatan membaca emel saya ini. Saya selalu mengikuti blog ustaz atas cadangan... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 14 2011

ARTIKEL UTAMA

Ustaz Cinta

Berkahwin Kerana Allah, Dapat Pertolongan


http://4.bp.blogspot.com/-fcJzy8pM6mU/TvwmxXy2-dI/AAAAAAAABv4/D73k3cz46u4/s1600/stories.demo.pngassalammualaikum ustaz,

saya ada 1 persoalan, saya ada terbaca 1 artikel di mana allah akan membantu hambanya yang ingin berkahwin demi menjauhkan diri dari terjerumus ke dalam kemaksiatan...

saya ada seorang kawan lelaki yang rapat, kami merancang untuk berkahwin, cuma kedudukan kewangan kami, menghalang kami berbuat demikian. kami juga datang dari keluarga sederhana di mana ibu bapa kami meminta kami mencari wang sendiri untuk berkahwin.

saya merancang untuk bertunang kerana yakin allah akan membuka rezeki kami kerana kami ada niat yg baik, tetapi ustaz, saya belum tahu bila hendak menikah. adakah boleh kami berbuat demikian? saya ada terbaca yang bertunang lama pon tidak baik. apa pandangan ustaz dan mohon ustaz beri cadangan pada kami.

RESPON USTAZ

Bismillahirrahmanirrahim

Apa yang menyukarkan saya menjawab soalan saudari dan soalan lain yang diajukan kepada saya ialah, tidak ada pengenalan diri daripada pengirim. Entah saudari ini bekerja atau belajar, umurnya berapa... si calon lelaki itu pula umur berapa...dah kerja atau belum? Kalau boleh saya mohon kepada pengirim.

Beritahu umur, status pekerjaan.

Maklumat itu penting untuk saya nilai dan berikan pendapat. Jika tiada maklumat berkenaan, saya bagi respon secara umum sajalah.

Memang terdapat suatu hadis nabi yang mafhumnya :

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya”. (Hadits Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits No. 2518, dan Hakim 2 : 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu)

Maksud hadis ini jelas bahawa pertolongan Allah itu akan sampai selepas perkahwinan. Apabila pasangan itu melaksanakan perkahwinan dalam keadaan masing2 menjaga agama dan kewajipan di dalamnya. Maka dia akan dibantu oleh allah dalam aspek yang sesuai. Namun, jika berkahwin sekadar untuk elak zina, tetapi dalam masa yang sama benda wajib diabaikan. Sebagai contoh malas solat dan lain2. Maka orang sebegini belum tentu mendapat bantuan Allah SWT.

Selebihnya, payah nak respon. Sebab tidak tahu status dan latar belakang. Harapnya saudari boleh baca beberapa artikel dalam arkib yang berkaitan. Insya Allah.


0 Responses to "Berkahwin Kerana Allah, Dapat Pertolongan"

Catat Ulasan