Assalamualaikum ya Ustaz,saya ada nak tanya ni ustaz,apa hukum bagi lelaki dan perempuan yang berjanji ?contohnya berjanji untuk setia antara satu sama lain dan berjanji akan kahwin satu hari nanti ? tapi buat masa sekarang hubungan diorang tanpa pengetahuan ibubapa, kalau boleh diorang nak kahwin terus tapi disebabkan masih terlalu muda dan tak sedia lagi,diorang tak buat macam tu.Apa hukumnya ustaz? boleh terangkan?
RESPON USTAZ
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih anakanda sebab sudi bertanya ustaz.
Bermain cinta itu manis, apatah lagi jika diikat dengan janji. Cinta perlukan komitmen dan kesabaran, ujian percintaan itu sebagai asam garam sepasang kekasih. Ustaz faham apa yang enta sebutkan...
Sepasang kekasih yang belum berkahwin, tidak layak berjanji antara satu sama lain. Kerana masing2 masih dalam jagaan ibubapa. Bagaimana kita mahu mengikat janji, sedangkan kita sendiripun masih lagi terikat dengan ibubapa. Janji dan harapan kita pada orang tua belum lagi tertunai, tapi kita sudah sibuk nak mencipta janji baru.
Ingatlah... agama memerlukan orang yang mendokongnya, agama memerlukan remaja yang serius dan berilmu. Bukan sibuk bercinta, berangan-angan dan bermain perasaan. Malah, keluarga kita juga perlukan budi dan bakti, ibubapa kita mengharapkan kita berjaya dan membantu mereka di masa hadapan. Cuba tengok diri kita, belajarpun belum habis lagi, kita sudah memasang angan untuk memberi itu dan ini kepada kekasih yang BELUM SAH MENJADI PASANGAN? Maka, inilah dikatakan tipu daya syaitan. Inilah yang dikatakan permainan yang merugikan.
Pesanan ustaz... Janji untuk berkahwin itu tidak layak diucapkan bagi mereka yang belum tamat belajar. Kerana terlalu banyak lagi yang akan ditempuh selepas habis belajar.
Namun, jika betul2 mahu berjanji... maka, ikatlah janji dalam doa-doa kalian. Mohonlah Allah satukan jodoh kalian. Buktikan kecintaan dengan perbanyakkan solat hajat dan doa. Kerana ALLAH adalah penentu jodoh dan pemilik segala-galanya. Tak perlu berjanji dengan si dia.
Masalahnya, ramai remaja yang berangan-angan nak ikat janji. Kononnya setia, sehidup semati. Tapi, berdoa malas, solat jemaahpun asyik tertinggal. Ini... hangat-hangat tahi ayam saja. Konfem Allah tak tolong. Bila Allah tak tolong, konfem... masa depan gelap. Astaghfirullah.
Harapnya difahami. Terima kasih.
Previous Article
Catat Ulasan