P

Artikel Pilihan

Mesti Baca

Kenapa Couple Itu Haram? Disini Dalilnya

news image

Ramai remaja membuat alasan bahawa couple itu tidak haram kerana tiada nas yang melarang padanya. Betulkah tiada nas? Bahkan terlalu... Read more

A. Ubaidillah | Julai, 06 2011

Wanita Menyebabkan Lelaki Jadi Lalai

news image

ana ade masalah tentang hubungan , ana menyukai seorang lelaki yg bnama ****** , ana mula menyukai dia semenjak dia menjadi... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 21 2011

Nikah Gantung: Isu Wali & Risikonya

news image
Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan buat ustaz kerana berkesempatan membaca emel saya ini. Saya selalu mengikuti blog ustaz atas cadangan... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 14 2011

ARTIKEL UTAMA

Ustaz Cinta

Suka lelaki ada GF, Apa Hukumnya?


http://4.bp.blogspot.com/-fcJzy8pM6mU/TvwmxXy2-dI/AAAAAAAABv4/D73k3cz46u4/s1600/stories.demo.pngASSALAMUALAIKUM,

Saya seorang student di salah satu IPTA.. sebelum ini saya pernah bercinta tapi cinta saya menemui jalan perpisahan dan selepas itu saya serik untuk bercinta lagi dan menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran saya..kadang-kadang saya terasa kesunyian apabila melihat anak-anak muda sekarang berpacaran sesama mereka lebih-lebih lagi kawan-kawan juga begitu, tapi itu tidaklah membawa saya desperate utk mencari cinta baru kerana cinta lama masih lagi berbekas di hati..

Tetapi, hari berganti minggu..minggu berganti bulan saya mula menyukai seseorang lelaki yg merupakan seorang kawan kepada kawan-kawan saya yang satu kampus tetapi course yang berbeza, pertama kali saya melihat dia di kursus perkahwinan yg dianjurkan oleh IPTA kami..saya tidak mempunyai apa-apa perasaan hanya melihat dia ketika kawan-kawan mengatakan dia seorang yg manis rupa parasnya..tetapi makin lama kawan-kawan menceritakan tentang keperibadian dia...dia seorang yg beriman,rendah diri dan juga seorang yg pemalu berbanding dgn diri saya seorang yg berani dan pergaulan yg luas antara lelaki dan perempuan tetapi masih lagi berlandaskan agama islam...

saya memberitahu kawan-kawan saya yg saya sukakan dia, mula-mula saya ingin menganggu dia itu sahaja cara saya untuk mendekati dia, saya selalu juga tegur dia di facebook, feedback dia sgt memberansangkan..kawan-kawan saya sentiasa mengusik saya dengan dia di facebook termasuk kawan-kawan dia..kebetulan kelas dia merupakan kelas saya juga cuma bezanya waktu sahaja jadi apabila sesi pertukaran kelas saya akan tunggu diluar..dan setiap kali itulah kawan-kawan dia akan mengusik saya tak cukup di facebook diluar pun begitu, saya terasa malu tapi apakan daya hanya mampu tersenyum..

Saya pernah beritahu pada dia yang saya sukakan dia, dan dia membalasnya dgn baik, dia mahu kami berkawan sahaja kerana dia sudah ada gf dan saya memahami keadaan itu..
Pada satu malam ketika saya sedang study bersama kawan-kawan di rumah sewa, saya meminta no telefon lelaki itu dgn kawan saya yg merupakan classmate dia, dan saya memberanikan diri utk menelefon dia...

Pertanyaan saya kpd ustaz adakah tindakan saya ini salah ?? menyukai seorang lelaki yg sudah mempunyai gf.. salam..

RESPON USTAZ

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih sudi bertanya...

Suka dan disukai, cinta dan dicintai adalah kemanisan dalam hidup remaja.

Ustaz tidak akan memberi komen yang panjang pada status pergaulan saudari. Kerana ustaz merasakan pergaulan saudari agak sederhana. Ada kebebasan bertemu dan bergaul dengan lelaki ajnabi. Seeloknya dijaga batasan ini kerana akan mengundang masalah di depan hari.

Baik, mencintai lelaki yang sudah ada GF?

Ia tidak salah jika perasaan itu sekadar dipendam.
Namun, saudari sudah meluahkan perasaan itu. Ini bermakna saudari sudah melanggar batasan dalam pergaulan biasa. Meluahkan perasaan pada lelaki yang asing adalah dilarang dalam agama, apatah lagi meluah untuk jadi kekasih... bukan melamar untuk dijadikan pasangan hidup.

Jawapannya mudah. Meluah dan bercouple dengan lelaki asing adalah HARAM. Tidak kira dia sudah ada gf atau belum. Malah, jika meluah dan cuba menggoda lelaki yang sudah bertunang... LAGILAH BERDOSA! Jadi, tidak perlu diteruskan hubungan perasaan itu... elakkan dan jauhkan awal2. Sebelum menjadi rumit di masa hadapan.

Rasanya, jawapan itu jelas dan terang.


0 Responses to "Suka lelaki ada GF, Apa Hukumnya?"

Catat Ulasan