Assalamualaikum wbt ..bismillahirahmanirahim....
ustaz .. saya ingin bertanya kepada ustaz dua soalan ...soalan pertamanya >> jika kita buat solat istiqarah , harus kah kita sertakan dengan solat hajat ... adakah petunjuk dari Allah SWT cepat ??
hmm ... saya pernah melakukan solat istiqarah .. kerana saya nak Allah berikan petunjuk kepada saya agar saya tidak keliru ... pada malam selepas saya lakukan solat istiqarah tu .. sepanjang tidur saya , hanya muncul dia didalam mimpi saya .. dia muncul tanpa berkata apa apa , hanya muncul dengan mendiamkan diri dan serta kan senyum ... adakah kerana saya yang terlalu memikirkan dia sehingga termimpikan dia ??
soalan keduanya >> saya cuba untuk buang perasaan saya terhadap dia jauh jauh .. tapi bila saya nak buang , ia semakin dekat ... saya selalu berdoa kepada Allah ... Jika dia adalah jodoh saya , maka dekatkan hati dia dengan hati saya . Jika tidak , maka jauhkan hati saya terhadap dia , agar hati tidak disakiti ... tapi apa yang saya rasakan , saya sukar untuk lupakan dia .. saya dah cuba untuk buang perasaan tu kerana saya tahu saya tidak akan pernah memiliki hati dia kerana dia masih mengharap cinta lama dia .. dan semenjak dua tiga hari ni .. dia seolah olah nak jauh kan diri dari saya ... bila saya contact dia , tiada sebarang respon ... bial ini terjadi hati saya rasa tak senang dan kadang kala saya tak dapat sembunyikan airmata saya terhadap nya ... dia pernah menyatakan dia juga menyukai saya tapi dia luahkan kata kata itu dekat sahabat baik dia .. dia tak nak saya tahu ... akhirnya sahabat baik nya terpaksa memberitahu saya ... jadi apa yang harus saya lakukan ?! ??
terima kasih .... :)
RESPON USTAZ
Bismillahirrahmanirrahim
RESPON SOALAN PERTAMA
Jika kita mahukan sesuatu, maka kita buat solat hajat. Jika kita mahu memilih antara dua, barulah kita buat solat istikharah. Jangan pula solat hajat nak kat orang ni, lepas tu buat istikharah tanya Allah untuk buat pilihan. Kalau allah tunjuk orang lain... bukankah itu akan menyusahkan kita pula.
Apa yang saudari nampak dalam tidur atau mimpi itu sukar untuk ustaz terjemahkan. Bukan apa, sebab hati saudari ini sedang termimpi-mimpikan lelaki itu. Jadi, tidur itu sendiri sudah dipengaruhi oleh bayangan lelaki itu.
Biasanya orang istikharah bila mahu MULA KENAL. Bila mahu mula MENDEKATI. Bukan selepas angau dan terbayang-bayang baru nak tanya... dia ni sesuai atau tidak untuk aku. Bila saudari berada di peringkat ini... biasanya istikharah tidak berapa menjadi. Seolah-olah sudah jatuh cinta, baru nak tanya boleh bercinta ke tidak.
Kalau nak buat dua-dua solat memang boleh. Dengan syarat, solat hajat itu minta Allah bagi “yang terbaik” dan bukan bagi “Orang yang kita nak semata-mata”. Kalau Allah tunjuk dalam mimpi atau datangkan seseorang yang kita kurang suka... kita kena redha. Kalau hati tidak bersedia menerima ketentuan Allah...JANGAN BUAT ISTIKHARAH.
Beradablah dengan Allah. Minta denganNya apabila kita betul2 mahukan pilihan. Bukan sekadar buat sebab TERDESAK dan TERPAKSA. Jika dapat jawapan yang tidak kita sukai, kita TOLAK. Ini semua perbuatan orang yang tidak berakhlak dengan Allah. Seumpama seorang anak datang jumpa ibu minta pandangan, bila ibunya memberi pandangan yang kebetulan tidak disukai anak itu...segera dia tolak. Anak macam ini, boleh diberikan penyepak sebiji. (Baca dengan nada bergurau)
RESPON SOALAN KEDUA
Ustaz tidak tahu bagaimana perhubungan dan batas pergaulan saudari dengan lelaki itu. Jika betul saudari berdoa untuk melupakan dia... maka kena wujudkan jarak. Kena usaha untuk menjauhi, bukan sekadar doa. Jadilah muslimah yang jujur dan mapan, jangan risau pasal jodoh. Bila kita jenis berakhlak dan meminta wakil keluarga carikan. Jodoh akan hadir, insya Allah. Bukan kita sibuk bertanya, busy body.
Saudari cakap bahawa lelaki itu cuba menjauhkan diri jika saudari? Bagaimana saudari tahu? Adakah ini menunjukkan saudari memang selalu berhubung dan bertemu dengan dia? Ini menunjukkan, saudari memang suka ambil tahu pasal dia. Asyik contact dia. Hubungan apakah ini? Couple atau kawan?
Ini satu lagi sikap kurang beradab dengan Allah. Bila kita minta doa “Ya Allah, jauhkan hatiku darinya...hilangkan dia dari perasaanku”. Maka jangan pula kita pergi jumpa dia atau telefon dia atau cari maklumat pasal dia. Ini namanya hipokrit. Cakap tak serupa bikin. Kononnya minta Allah tolong pisahkan, tapi perbuatan tu asyik duk terhegeh-hegeh... asyik duk sibuk nak tahu pasal lelaki itu.
TIDAK SALAH MENCINTAI, CUMA CARANYA
Bila kita benar-benar mahukan seseorang. Tidak salah kita berusaha mendapatkannya. Tetapi, ada jalannya dan ada caranya. Pertama sekali, jujurkan hati dan ikhlaskan jiwa sewaktu meminta kepada Allah. Letakkan pergantungan sepenuhnya. Bukan minta ala kadar lepas tu buat tidak sama dengan yang diminta.
Apabila kita benar-benar sudah berdoa dengan ikhlas. Carilah orang tengah, bukan direct line. Sebolehnya cari wakil keluarga atau orang yang boleh dipercayai untuk berbincang. Yakinlah bahawa allah akan membuka jalan SEKIRANYA dia memang jodoh kita. Jika dia bukan jodoh kita, akan ada banyak halangan. Kena redha. Jangan paksa diri untuk redah.
Kalau nak redah juga, boleh dibuat dengan syarat hantar wakil keluarga bertemu keluarganya. Jangan redah sendirian. Ini menjatuhkan maruah wanita pula. Tidak salah perigi mencari timba... tetapi biar betul caranya. Berani pun kena ada caranya. Perkahwinan adalah hubungan yang melibat masa depan. Bukan boleh main fikir sendirian. Kena bincang dan merujuk orang tua.
Nasihat ustaz untuk saudari, mencintai kena fikir panjang. Bila menyukai, kena merujuk orang tua. Jagalah diri, letaklah maruah wanita di tempatnya. Insya allah akan dapat jodoh yang baik.
Previous Article
Catat Ulasan