Semoga berada dalm rahmat Allah dan terus istiqamah mendidik generasi muda hari ini.Ustaz, saya ada beberapa persoalan ingin diutarakan, bukan berkaitan cinta tapi saya perlukan pandangan ustaz tentang beberapa perkara. Saya bimbang untuk bercakap dengan sahabat tentang perkara ini, mungkin boleh timbulkan sangkaan buruk terhadap si dia. Jadi saya ambil jalan bertanyakan kepada ustaz sahaja.
Si A adalah lelaki, satu gerak kerja persatuan Islam di universiti saya, dan juga sekelas dengan saya. Baru2 ini dia ada menolong saya dalam satu perkara. Dapatkan perkhidmatan rawatan ruqyah keluarga saya. Saya tidak minta, tapi dia yang ingin menolong. Alhamdulillah. Namun ustaz, pertolongan yang diberikan tidaklah sehingga membuatkan saya terlalu terhutang budi dengannya. Kerana sekadar pertolongan biasa, tiada menyebabkan dia perlu berusaha keras untuk membantu. Bukan saya tidak menghargai, tapi saya anggap itu pertolongan biasa sahaja antara kawan. Tidak mengapalah tentang hal itu.
Masalah yang timbul sekarang, dia sering minta tolong saya untuk menyiapkan tugasan dalam kelas. Tempoh yang diberikan untuk siapkan tugas sangat lama. Dia selalu tidak siap, dan sering minta soft copy daripada saya. Kami same2 sibuk..tapi kenapa saya boleh siapkan dia tidak boleh. Sedangkan saya tengok, dia ada sahaja on9 di FB pada waktu lapang.
Bagi saya Tiada salahnya, tapi pastikan kerjanya siap dulu. Permintaan dia untuk saya tolong, membuatkan saya jadi berat hati…dalam keadaan dia sendiri tidak berusaha untuk menyiapkan. Sekarang ini, Saya beri juga pertolongan mengingatkan dia pernah tolong saya tapi dlm keadaan berat hati juga…(mungkin tidak ikhlas)..saya juga bimbang jika lecturer dapat tahu dia ada copy daripada saya… saya rasa serba salah, dlm ikhlas dan dlm nak bantu kawan… bagaimana saya nk menegur sikap dia. ? Dia ada tunang, dan tinggal serumah dengan saya.
Perlukah saya memberitahu tunangnya…tapi saya dengan tunangnya tidak terlalu rapat…bimbang juga jika nak sampaikan…
Mohon respon daripada ustaz. Syukran.
RESPON USTAZ
Assalamualaikum saudari,
Bismillahirrahmanirrahim,
Setelah membaca emel saudari, ustaz merasa sangat MALU dengan sikap lelaki atau si A. Kerana tiga perkara.
Pertama. Si A telah mencuaikan tanggungjawab sebagai PELAJAR dengan cara meminta saudari menyiapkan assignmentnya. Itu tanggungjawabnya. Sekalipun RAMAI pelajar melakukannya, tetapi pelajar yang BAIK tidak akan berbuat demikian. Ini sama sahaja dengan MENIPU.
Kedua. Sia A telah 'meminta balasan' daripada saudari atas kebaikannya membantu saudari. Maka ini sebenarnya ciri2 lelaki yang MEMENTINGKAN DIRI serta tidak IKHLAS dalam membantu. Ini juga ada ciri hipokrit dan munafiq.
Ketiga. Si A telah 'memanipulasikan kenaifan saudari' dengan meminta saudari melakukan assignmentnya. jika dia minta bantuan daripada 2-3 orang, itu mungkin berbeza. Ini dia minta bantuan saudari sepenuhnya dalam keadaan dia tidak TERLALU sibuk dengan kerja persatuan. Sikap memanipulasikan ini sebenarnya adalah SIKAP LIAR yang HARAM wujud dalam jiwa seorang pemimpin.
Jika ustaz berpeluang bercakap dengan si A, ustaz akan tegur dia beberapa perkara tadi.
Pertama : Perlu Amanah dalam belajar, dan jangan menipu! Tidak berkat dunia dan akhirat.
Kedua : Perlu Ikhlas dalam membantu, jangan jadi orang fasiq yang suka meminta balasan dari perbuatan baik. Sia2 menjadi seorang islam tanpa ikhlas. Kerana tiada pahala di akhirat.
Ketiga : Kena Lindungi yang lemah, bantulah yang memerlukan. Bukan ambil peluang guna kebaikan orang untuk kepentingan diri sendiri. Apatah lagi menggunakan kebaikan hati orang untuk kepentingan peribadi. Ini sikap LIAR.
Sepatutnya, lelaki menjadi PELINDUNG, PENYELESAI, PEMUDAH CARA dan PEMBANTU WANITA dalam aspek-aspek dunia dan akhirat. Bukan Tukang Bagi Susah.
Kesimpulannya : Sikap si A agak memalukan kaum lelaki. Dia mungkin ditipu oleh syaitan dan tidak sedar perbuatan jahatnya sendiri. Beritahulah dia dengan baik agar jangan lagi meminta saudari melakukan tugasan yang sepatutnya dibuat olehnya. Walaupun saudari tidak rugi apa-apa, tetapi hakikatnya saudari sedang bersubahat dalam menipu jika terus membantunya lagi.
Berkaitan dengan tunangnya yang duduk sebilik dengan saudari... ada dua pilihan. Pertama. Saudari boleh dedahkan perangai buruknya kepada tunangnya...agar tunang menegur si A untuk perbaiki diri.
Kedua. Simpan sahaja rahsia ini, tetapi berhenti membantu MANUSIA SEPERTI ITU. Kalau boleh, jangan bantu apa-apa lagi dalam urusan pengajian. Ini juga untuk menyedarkan dia bahawa 'Jangan Ambil Kesempatan' dan 'Jangan Ambil Mudah Soal Pengajian'.
Harap saudari faham jawapan ustaz.
Wassalam.
Nota : Maafkan atas penggunaan ayat yang agak menghujum. Ini kerana, TERLALU banyak kes yang ustaz terima memperlihatkan sikap BURUK lelaki. Ini sesuatu yang memalukan. Semoga Allah melindungi kita dari kezaliman diri kita. Nauzubillah min zalik!
Previous Article
Catat Ulasan