Salamalyk, saya mempunyai rakan-rakan yang solehah,insyaAllah.Tetapi, apa yang saya kurang senang, sejak akhir-akhir ini, ramai di kalangan rakan muslimah saya yang mula berhubung dengan senior bagi mendapatkan suatu pandangan atau nasihat. Dan secara terang, saya tidak menyukai hal itu.
Mengapa mereka perlu untuk bertanya kepada senior-senior itu sedangkan umur mereka tidak jauh bahkan senior-senior itu pun masih kurang pengalaman dalam kehidupan.Dan saya lihat kawan perempuan saya itu menjadi lebih semangat untuk beramal apabila mendapat sesuatu nasihat atau pesanan daripada senior itu.
Adakah ada konsep dakwah dalam islam antara lelaki dan perempuan yang menghalalkan perhubungan antara mereka,berkhalwat atau berdua-duaan seperti sms, chatting dan sebagainya? Adakah punya konsep dakwah yang s! ebegitu? Adakah sikap rakan muslimah saya ini yg bersemangat untuk beramal menepati apa yang telah Allah katakan iaitu 'zayyana',mengindahkan. Syaitan telah mengindahkan perbuatan itu menjadi perbuatan yang baik. Syukran.
RESPON USTAZ
Bismillahirrahmanirrahim...
Terima kasih atas soalan dan rasa ingin mendapatkan penjelasan.
Situasi ini sebenarnya banyak menimpa warga kampus yang baru mengenal kebebasan belajar di menara gading. Kononnya mendapatkan nasihat dari senior, tetapi yang ditanya bukan senior sejenis atau sama jantina. Yang ditanya adalah senior tertentu saja, malah berlainan jantina. Memang ada suatu niat tersembunyi di sana. Kononnya nak ambil ilmu dan pandangan sambil berdakwah, tetapi hakikatnya mereka sedang sharing perasaan. Ini terdapat unsur zina padanya. Inilah tipu daya syaitan kepada anak adam yang masih MENTAH dengan permainan halus mereka.
Hati2 wahai adik-adikku.
Bacalah entri ini.
HATI-HATI DENGAN TIPU DAYA SYAITAN
Firman Allah SWT “Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak pengikutnya supaya menjadi penduduk neraka.” Surah Fathir : Ayat 6.
Memang terlalu ramai orang yang ingin membuat dakwah dan kebaikan, tetapi mereka tersilap CARA dan Tersilap JALAN. Bukan kerana mereka berhati jahat, tetapi kerana mereka dikelirukan oleh syaitan. Disebabkan kecetekan ilmu dan banyaknya campur tangan pihak luar.
Oleh itu, perkara asas yang perlu kita periksa dalam perhubungan ialah cara dan batasan syariat. Pastikan ia menepati syariat. Kerana kesilapan dalam percintaan akan menjadi racun paling ampuh untuk melemahkan semangat dakwah dan jihad.
HUKUM SMS BERLAINAN JANTINA
Setengah ulamak mutakhir mengatakan bahawa SMS boleh menjadi KHALWAT. Kerana mesej yang dihantar atau perbualan di dalamnya ibarat berbicara di dalam bilik sepi. Tiada orang yang tahu apa yang diperbualkan oleh teruna dan dara menerusi SMS. Maka, jika berbicara topik peribadi menerusi SMS maka ia boleh menjadi khalwat.
Disebabkan itu, islam amat membataskan perhubungan terutamanya dalam SMS atau chat box. Kerana terlalu mudah terjebak ke dalam perbualan peribadi. Dan membawa kepada zina hati. Oleh itu, islam amat melarang SMS yang tidak ada tujuan atau sekadar berbual. Kerana ianya membuka banyak fitnah kepada teruna dan dara.
Jadi, elakkan SMS kepada berlainan jantina. Kerana ia menimbulkan banyak tanda tanya dan pra sangka orang lain. Sekalipun yang kita SMS itu adalah nasihat dan pesanan agama. Bukan langsung tidak boleh...tetapi, seimbangkan antara nasihat dan keperluan. Jika nasihat itu dirasakan tidak begitu penting, maka tidak usahlah kita panjangkan.
DAKWAH TERBAIK
Apakah cara dakwah terbaik?
Dakwah yang terbaik apabila NIAT dan CARAnya betul.
Niat itu perlulah kerana ALLAH. Bukan untuk dikagumi atau dihormati. Bukan untuk disanjung atau supaya orang menggelarkan dirinya “Warak”. Tetapi semata2 kerana mahukan pahala, demi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar.
Cara yang betul untuk berdakwah bagaimana?
Dakwah remaja lelaki untuk lelaki. Dakwah remaja wanita untuk wanita.
Bagi seorang REMAJA lelaki, fahami elok2. Ustaz sebut REMAJA lelaki. Biarlah remaja LELAKI BERDAKWAH SESAMA LELAKI terlebih dahulu. Bagi remaja wanita, sebagusnya dakwah remaja WANITA ITU SESAMA WANITA SAHAJA. Jika ada orang lelaki yang meminta pandangan dari wanita, sedangkan wanita itu bukan isterinya...maka beritahulah kepada lelaki itu "Adalah lebih baik saudara meminta pandangan dari ustaz yang lebih alim dan faqih. Kerana bertanya orang yang lebih senior dan alim itu adalah lebih baik. Malah jawapan dan ilmunya lebih kemas."
CARA TERBAIK UNTUK BERTANYA
Malangnya, ramai golongan remaja lelaki buat2 minta pandangan remaja wanita sedangkan dia tahu tahap keilmuan golongan REMAJA adalah biasa sahaja. Walaupun jawapannya itu kadang2 entah apa-apa. Begitu juga sebaliknya, masih ramai remaja wanita buat2 bertanya remaja lelaki. Mereka tetap juga mahu bertanya berlainan jantina, sebab rasa syok! Ini silap! Sepatutnya teruna dan dara yang kenal beberapa orang ustaz yang lebih alim, perlu merujuk kepada mereka terlebih dahulu. Inilah cara yang betul untuk mencari ilmu.
Jika cara ini tidak dipatuhi. Maka, jadilah perhubungan itu kononnya berdakwah atau mencari ilmu...tetapi ALLAH lebih tahu apa yang ada di dalam HATINYA. Kesimpulannya. Seorang lelaki dibenarkan untuk bertanyakan ustazah yang memang diakui keilmuannya. Maka ini adalah baik bahkan dituntut. Begitu juga perempuan, dia dibolehkan merujuk kepada orang lelaki alim yang diakui keilmuannya. Maka ini juga dituntut. Malangnya, ramai yang merujuk kepada orang yang entah apa-apa ilmunya. Maka, jawapan yang diterima juga entah apa-apa.
DAKWAH PERLU LUAS DAN UNIVERSAL
Ramai orang buat alasan couple sebab nak berdakwah. Sedangkan apabila ada orang buat dosa depan matapun dia tidak pernah tegur. Tiba-tiba ingin berdakwah dalam SMS dengan gadis pilihan sahaja. Bukankah ini ibarat orang munafiq? Nauzubillah.
Contohnya, seorang anak dara...kata nak berdakwah. Tapi, berdakwah kepada seorang dua sahaja lelaki. Asyik2 berdakwah dalam SMS. Asyik berdakwah kepada lelaki itu sahaja. Sedangkan kawan2 perempuan lain dia tidak pernah SMS pun, tidak pernah bagi nasihat langsung. Malah, jika kawan perempuan sebilik buat dosa depan mata pun dia tidak kisah. Sebab dia fikir, berdakwah itu hanya kepada lelaki itu sahaja. INILAH KESILAPAN BESAR. INILAH JUGA TIPU DAYA IBLIS.
INGAT. Orang yang menjadi daie kepada Allah atau pendakwah, ciri pertama yang mesti ada pada dirinya ialah dia akan berdakwah kepada SEMUA ORANG. Terutamanya keluarganya, adik beradiknya, rakan sebiliknya dan rakan sejenis. Perempuan sesama perempuan dan lelaki sama lelaki. Agar dakwah itu lebih berkesan dan lebih suci.
Malangnya, ramai yang cakap nak berdakwah dalam couple. Sedangkan orang paling dekat dengannya langsung tak pernah di dakwahnya. Dengan kekasih, cakap itu dan ini. Dakwah itu dan ini. Adik sendiri jadi hantu, dia tidak kisah. Ini semua orang2 yang TERSASAR dalam berdakwah. Astghafirullah.
JADILAH MODERATOR
Kepada remaja. Ingat! Jika selepas ini ada sesiapa yang ingin bertanya soal cinta. Maka kita bertindaklah sebagai moderator. Iaitu kita membawanya kepada orang yang lebih tahu. Sebagai contoh, kalau ada rakan berlainan jantina tanya pasal cinta...maka beritahu dia “Masuklah laman web ustaz cinta. Atau sila rujuk forum iluvislam atau berbicaralah dengan ustaz sekain-sekian.” Itu maknanya kita menjadi moderator. Kita hanya perlu melayan soalan apabila soalan itu datang dari golongan sejenis sahaja. Maka, itu lebih baik.
Tetapi, apabila kita sudah menjadi dewasa dan matang. Kita sudah ada kelulusan dan ilmu yang mantap. Ketika itu, barulah sampai masanya kita menjadi tempat rujukan persoalan. Bila masa itu akan tiba? Iaitu selepas kita mendirikan rumah tangga. Ketika itu, kita sudah perlu menjadi tempat rujukan untuk anak-anak kita pula.
Previous Article
Catat Ulasan