P

Artikel Pilihan

Mesti Baca

Kenapa Couple Itu Haram? Disini Dalilnya

news image

Ramai remaja membuat alasan bahawa couple itu tidak haram kerana tiada nas yang melarang padanya. Betulkah tiada nas? Bahkan terlalu... Read more

A. Ubaidillah | Julai, 06 2011

Wanita Menyebabkan Lelaki Jadi Lalai

news image

ana ade masalah tentang hubungan , ana menyukai seorang lelaki yg bnama ****** , ana mula menyukai dia semenjak dia menjadi... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 21 2011

Nikah Gantung: Isu Wali & Risikonya

news image
Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan buat ustaz kerana berkesempatan membaca emel saya ini. Saya selalu mengikuti blog ustaz atas cadangan... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 14 2011

ARTIKEL UTAMA

Ustaz Cinta

KERJA TEMPAT MEMBUKA AURAT, BOLEH KE?


http://4.bp.blogspot.com/-fcJzy8pM6mU/TvwmxXy2-dI/AAAAAAAABv4/D73k3cz46u4/s1600/stories.demo.pngSoalan ini diperolehi melalui FB. Dibuka untuk respon dan komentar.

yg pertama,sy ade kkeliruan skit tntang istilah 'fleksibel' & kaitannya dgn islam..dan ade yg mnyatakn "islam itu fleksibel"..dan boleh ustz kaitkan cara utk sseorang itu mahu berdakwah..


JAWAPAN : Fleksibel bererti islam itu mampu diguna pakai dalam semua zaman dan keadaan disebabkan asasnya yang kukuh. Fleksibel bererti boleh diubah pada perkara pangkal (Furuk), bukan perkara akar (Usul). Sebagai contoh, Islam tidak melarang hiburan tetapi ia membataskan hiburan itu agar tidak melalaikan. Islam tidak melarang jadi penyanyi, asalkan menyanyi lagu2 yang baik2 dan bukan menyesatkan. Ini salah satu contoh.

Fleksibel di sini ialah Islam memberi ruang dan kemudahan untuk penganutnya beramal, tetapi perlu mengikut batas2 dan syariat. Bukan bebas sebebasnya. Fleksebiliti Islam bukan untuk menyusahkan, tetapi untuk menjaga dan mengelakkan daripada berlaku masalah sosial dan keruntuhan moral.

soalan k 2,bagaimana islam mgaitkan fleksibel dgn cara pmakaian yg dtuntut dlm islam bgi seorang muslimah,dan boleh berikan contoh pakaian..

JAWAPAN : Bagi seorang muslimah, pakaian mereka perlu dijaga dari beberapa sudut.

1) Menutup bentuk tubuh.
2) Pakaiannya tidak jarang atau terlalu nipis.
3) Tidak mempunyai warna tarikan yang terlalu menarik perhatian. Namun, warna ini masih ada keringanan selagi menutup aurat dengan baik.

Asas penampilan muslimah itu adalah untuk dilindungi dan disimpan kecantikan dari mata lelaki. Bukan didedahkan atau ditonjolkan kepada umum. Ini kerana, wanita akan membawa fitnah yang besar kepada lelaki jika mereka menonjol.

Jika mahu memakai baju kurung...boleh. Pastikan warnanya tidak ketat, jarang dan warnanya janganlah terlalu terang. Itu yang terbaik. Jadi, pakailah pakaian apapun yang diperlukan. Selagi mana ia tidak ada unsur mendedahkan bentuk tubuh. Ini bagi mengelakkan lelaki menjadi tidak keruan dan nafsu mereka tidak tergoncang.

soalan k 3,bagaimana jika sseorang itu terikat dgn pkerjaan@trlibat dgn persatuan kokurikulum yg mmerlukannya mmakai pakaian seragam@uniform yg sdkit mndedahkn bentuk badan..dan baru ni sy ade mmbace karya ustz yg trbaru,watak uswatul ulya yg blaja di korea dan brkerja di pejabat,boleh ustz trngkan cara pmakaian yg dkenakan..

Adalah haram bekerja ditempat yang mendedahkan aurat. Sebagai contoh, bekerja sebagai pelayan restoren yang terpaksa memakai baju lengan pendek. Maka wajib memakai baju lengan panjang. Jika tidak dibenarkan majikan, maka haram kita bekerja di situ. Kerana dianggap patuh kepada kemungkaran dan bersubahat dengan majikan yang engkar.

Begitu juga jika memakai uniform sekali-sekala. Ia tetap dianggap satu kemungkaran. Menutup aurat bererti menutup sepanjang masa apabila berhadapan dengan orang ajnabi. Tidak boleh buka-tutup sesuka hati.

1) Asasnya sama... menutup aurat bagi wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan. Selain dari itu, wajib ditutup. Asasnya sama iaitu : Menutup bentuk tubuh.
2) Pakaiannya tidak jarang atau terlalu nipis.
3) Tidak mempunyai warna tarikan yang terlalu menarik perhatian. Namun, warna ini masih ada keringanan selagi menutup aurat dengan baik.

Elakkan pakai baju ketat. Elakkan pakai baju jarang atau nipis. Elakkan memakai warna terlalu menonjol. Takkan ustaz nak ajar satu2 kot.

soalan k 4,bagaimana jika sseorang ini dminta mmakai selendang pda hari persembahan mereka utk mnyeragamkan semua ahli-ahlinya,sedangkan pada zahirnya dia memakai tudung labuh..

JAWAPAN : Boleh pakai seragam dengan syarat, ia menutup bahagian dada. Kainnya tidak jarang dan ia tidak ketat. Jika asas itu tidak ditepati, maka haramlah memakainya. Termasuk penganjurnya dapat dosa. Jadi? Boleh pakai, tapi dosapun dapat sekali.

soalan k 5,sy seorang ank kpda pengetua sbuah pondok yg majoritinya semua pelajar lelaki dan sy cuma mmpunyai 2 orang saudara perempuan. Perlukah sy memakai niqab utk mengelakkan fitnah?..ttpi sy takut,jika sy memakai niqab prgerakan sy akn terbatas sedikit contohnya jika sya ingin menolong ibu sy, sy perlu keluar rumah utk ke dapur & jemur pakaian,dan kawasan 2 bkn kawasan larangan bagi pelajar.. dan sekarang sy sedang belaja di ipts.

JAWAPAN : Niqab itu sunat, pakailah ikut kemampuan. Jangan pakai sebab orang. Pakai kerana Allah. Sama juga dengan pakai kopiah, kalau nak main bola... tak perlu pakai kopiah. Kalau nak bertukang, pun tak perlu. Ia kan sunat. Begitu juga niqab. Pakailah bila rasa perlu, jika rasa tak perlu... buka. BUKAN WAJIB PUN. Jangan mewajibkan benda yang sunat. Itu salah.

Masa di rumah, buka saja. Kalau cakap dengan ahli keluargapun. Bukalah. Bila nak keluar jalan2 barulah pakai. Jangan terlalu ketat dalam perkara sunat. Nanti seolah2 jadi wajib pula.

sy harap ustz dpat menjawab persoalan sy,dan syukran kerana ustaz sudi membacanya..wallahua'lam

Sudah dijawab. Terima kasih.


0 Responses to "KERJA TEMPAT MEMBUKA AURAT, BOLEH KE?"

Catat Ulasan