Assalamualaikum ustaz..Maaf sebab soalan yang mahu ditanyakan agak menyimpang daripada ustaz punya subjek..
Saya merupakan seorang pekerja swasta..saya ragu-ragu serta musykil mengenai perkara ini..
Hampir setiap hari saya ada kerja yang berkitan dengan mana-mana wartawan yang memerlukan saya berjabat tangan dengan golongan yang bukan mahram..sebelum terlupa saya seorang wanita..
Soalan saya :
Hukum kalau haram tetap haram kan ustaz..saya jadi serba salah bila seseorang menghulur tangan untuk berjabat..nak tak nak saya terpaksa berjabat dengan lelaki yang bukan mahram..kalau tak sambut nanti, kata saya tak hormat mereka..saya perlukan nasihat ustaz..
terima kasih diatas bantuan ustaz..
wassalam ~
RESPON USTAZ
Assalamualaikum wrt wbt
Bismillahirrahmanirrahim...
Terima kasih sudi bertanya... semoga Allah merahmati saudari.
Benar seperti kata saudari, hukum tetap hukum dan ia tidak boleh diubah. Apatah lagi apabila saudari seorang wanita, maka memang ramai orang yang cuba memegang TANGAN saudari atas alasan berjabat tangan. Dan kebanyakan lelaki hari ini sememangnya tidak tahu halal dan haram. Semuanya mereka rembat. Ini adalah polemik kejahilan yang menimpa atas jatidiri lelaki mutakhir. Ia sangat menakutkan.
Biasanya apabila kita menjaga pemakaian dengan mengikut batas aurat yang dikehendaki agama, orang lain akan lebih berhati2 dan tidak sewenang-wenangnya menghulur tangan untuk bersalaman dengan kita. Jika kita memang tidak menutup aurat, maka lagi RAMAI yang nak berjabat tangan. Maksudnya, kita cuba perkemaskan penampilan diri terlebih dahulu agar menepati piawaian agama. Barulah akan ada bantuan dari Allah untuk menjauhkan lelaki lain daripada bersalaman dengan kita.
Namun, sekalipun kita sudah menjaga aurat. Akan sentiasa ada lelaki yang cuba mengambil kesempatan. Ini sebenarnya adalah satu ujian untuk orang beriman dalam menjaga diri mereka. Satu mafhum hadis nabi menyebut "Sekiranya kamu dicucuk dengan besi di kepalamu adalah lebih baik daripada kamu menyentuh kulit orang ajnabi(Asing) yang tidak halal bagimu" dan satu hadis lain bermaksud "Bergelumang dengan khinzir itu adalah lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal bagimu".
Ini menunjukkan bahawa sentuhan yang membawa dosa itu sangat dilarang dalam agama. Kerana di situ adalah ruang2 untuk syaitan menggoda. Ia tetap sebagai SATU DOSA KECIL. Namun ia perlu dijauhi.
Langkah pencegahan.
1) Pakai sarung tangan. Berikan alasan bahawa "tangan saya sejuk" atau jawab dengan jujur "Nak elak bersentuhan". Sesungguhnya akan lahir rasa hormat dalam diri wartawan jika melihat selebriti mempunyai pendirian dalam agama. Yang mengata 'Tak hormat' tu... orang jahil, tidak boleh diambil kira.
2) Setiap kali ada ruang bersalaman dengan berlainan jantina, elakkan dengan berada di belakang barisan atau menyeluk tangan ke dalam saku. Apabila mereka menghulurkan tangan, terus tunduk tanda hormat dan jangan bersalaman. Mereka akan faham.
3) Saya juga kerap berhadapan dengan VIP, biasanya jika ada VIP perempuan ingin bersalaman... saya akan letakkan tangan di belakang tubuh dan tunduk memberi hormat. Sambil hadiahkan senyuman. Mereka akan faham. Mereka pasti faham.
Semoga mendapat kebaikan dunia akhirat.
Sekian, wassalam.
Previous Article
Catat Ulasan