P

Artikel Pilihan

Mesti Baca

Kenapa Couple Itu Haram? Disini Dalilnya

news image

Ramai remaja membuat alasan bahawa couple itu tidak haram kerana tiada nas yang melarang padanya. Betulkah tiada nas? Bahkan terlalu... Read more

A. Ubaidillah | Julai, 06 2011

Wanita Menyebabkan Lelaki Jadi Lalai

news image

ana ade masalah tentang hubungan , ana menyukai seorang lelaki yg bnama ****** , ana mula menyukai dia semenjak dia menjadi... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 21 2011

Nikah Gantung: Isu Wali & Risikonya

news image
Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan buat ustaz kerana berkesempatan membaca emel saya ini. Saya selalu mengikuti blog ustaz atas cadangan... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 14 2011

ARTIKEL UTAMA

Ustaz Cinta

CINTA Baru Selepas Hijrah, Dilema Keluarga & Lelaki


http://4.bp.blogspot.com/-fcJzy8pM6mU/TvwmxXy2-dI/AAAAAAAABv4/D73k3cz46u4/s1600/stories.demo.pngAs salam. Ustaz. Saya seorang siswi tahun akhir. Mohon kata2 yang insyaAllah mampu memberi semangat kembali kepada saya.

Saya seperti sendirian. Ada keluarga. Tapi mungkin kerana sikap saya yang tidak cerdik berkomunikasi. Membuat saya dan keluarga agak renggang. Sendiri. Segala masalah dan kehidupan dipendam sendiri sejak lama. Namun, saya sangat terasa betapa seksanya bila hubungan dengan keluarga tidak rapat. Saya cemburu. Saya rindu walau duduk berhadapan. Keluarga saya juga tidak seorang pun memahami kenapa saya ‘berubah’. Bagi mereka, perkataan ‘dakwah’ pun sudah ‘PELIK’. Saya agak sedih. Namun, saya tidak berani bersuara.. ke mana saya pergi untuk mempelajari ilmu agama sebuah badan NGO atau usrah, saya ‘berhelah’. pernah saya beritahu kebenaran, namun masih ditegah dengan tegas oleh ibu. Saya sayang ibu saya.. tapi, saya gagal mengubah keadaan sampai kini, hampir 3 tahun.. saya berahsia. saya sekadar berbuat baik semampu saya bersama mereka. Namun terkadang, saya gagal, dan menjadi agak pemarah.. saya gagal acap kali di hadapan mereka..


Saya punya masa lampau. Yang agak kelam. Dan terkadang amat menekan jiwa. Saya pernah ‘bercinta’ sekali. Lebih kurang 4 tahun lepas. Seperti remaja lain, dalam apa yang dikatakan cinta pada masa itu, saya hampir menggadai maruah saya pada seorang lelaki ajnabi. Sungguh, pada waktu itu, saya tidak pernah mendengar mahupun mengetahui bahawa cinta sebelum kahwin itu, haram. setelah masuk ke IPT, baru saya mengetahuinya, dan saya hentikannya.


Masalah ustaz. Saya TIDAK MAMPU MELUPAKAN KISAH SILAM SAYA yang sangat teruk bersama si lelaki A itu. Selama saya hidup sendiri dalam 4 tahun ini, dia tetap berusaha menghubungi saya. Walau saya tahu, dia sudah punya teman wanita baru, malah berganti2 teman wanita. Saya rasa terganggu dan tertekan apabila dia masih mengatakan ingin melamar saya andai saya bersedia menerimanya. Saya sudah katakan bahawa saya tidak yakin pada dia, malah saya kata ‘biarkanlah saya menerima cinta lain setelah ini mungkin, sepertimana saya membiarkan sahaja dia dengan hidup dia yang agak bebas’.


Saya dapat tahu juga bahawa dia bakal berkahwin dalam lingkungan 6 bulan lagi. Namun, dia masih menghubungi saya. Katanya ingin berkawan. Tetapi saya berusaha untuk membatasinya, kerana tidak ingin mengganggu perancangan hidup dia itu. sebenarnya, saya merasa, dia berasa bersalah atas kejadian lampau terhadap saya. Kerana itu, dia masih ingin cuba mendapatkan saya.. tetapi ustaz, sungguh, saya TIDAK YAKIN padanya boleh menjaga saya.. tapi, waktu yang sama, SAYA TIDAK BOLEH MELUPAKAN KISAH LAMA BERSAMA DIA. Mungkin inilah kafarah dosa.. Saya dah cuba berusaha pebagai cara. Saya cuba berubah. Saya punya ramai kawan2 yang baik... tetapi ustaz, apa yang dipendam dalam hati, tiada siapa mengetahui, ALLAH sahaja. Saya terasa perit dan terkadang sangat tertekan ustaz.. kadang2 saya berjaya merasa tenang, tapi kadang2, tidak mampu......


Ustaz, saya tidak mengetahui apakah cinta. Sebagai manusia biasa, saya mengaku, saya takkan mampu bertahan sendiri lebih lama... saya pernah diberi sesuatu oleh seorang lelaki B ketika belajar di IPT ini.. namun, saya seperti ‘sombong’, menolak hadiahnya.. namun, terdetik dalam hati, saya seperti suka terhadap kebaikannya. Namun, jauh dalam hati, saya takut dan juga merasa tidak layak.. Lelaki B ini seperti seorang yang soleh dengan caranya. Siapa tidak ‘tergoda’ dengan lelaki baik... namun, saya kini berusaha ketepikan perasaan itu...... kerana bagi saya, mungkin itu hadiah seorang kawan terhadap kawan.. kadang2, saya merasa sangat bersalah kerana menolak hadiah itu... pernah saya meminta maaf padanya.. namun dia seperti biasa sahaja... saya tertanya2, kenapa kadang2 dia menegur saya di YM dan HP.. tetapi tidak di alam realiti.. pernah, saya terlayan mesej2nya, namun tidak lama setelah itu, saya merasa kembali bersalah. Dia juga kelihatan begitu.. alhamdulillah, tia! da pernah meluah apa2, melainkan seperti kawan. Namun, saya merasa sesuatu. Tetapi saya tidak tahu ustaz, adakah hanya saya merasainya, saya perasan sendiri cuma? Apakah perasaan itu BENAR? Saya merasa bimbang dan tidak tenang...


Pada masa yang sama, berat benar saya merasa fikiran dan hati yang tidak mampu melupakan kisah lama ustaz.. pernah seperti ingin sahaja menerima lamaran lelaki A itu. namun, seperti ada sesuatu yang menyekat. Saya buntu. Ya, saya juga masih tidak bersedia untuk berkahwin. Lelaki A sudah bekerja.. apakah perlu saya menerimanya? Emh.. pernah saya istikarah... beberapa kali. Tetapi, saya masih tidak jelas.. saya tidak faham..

RESPON USTAZ

Bismillahirrahmanirrahim

La haula wala quwwata illa billah...
“Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah”

Apabila Allah memberikan ujian kepada seseorang, sehingga menyebabkan dia mencari kekuatan atau tempat bergantung. Ketahuilah bahawa allah sedang memanggilnya agar mendekatinya. Allah akan membuatkan hati seorang mukmin itu dalam ujian, sehingga dia benar-benar berpaut kepada Allah.

“Allah is calling you”

Ustaz merasakan saudari adalah manusia terpilih... dari bahasa, pemikiran dan luahan saudari. Ia adalah suatu perjalan minda dan jiwa yang panjang. Zahirnya saudari berubah kerana faktor tertentu... hakikatnya perjalanan saudari untuk menjadi diri sekarang, adalah satu proses yang telah Allah aturkan.

PERASAAN YANG DIUJI

Saudari seorang yang mempunyai keindahan jiwa, seorang penyayang dan memiliki hati yang luhur. Kerana itu, saudari merasa rindu dan kasih kepada setiap orang yang ada dalam kehidupan saudari. Di situlah letaknya ujian. Kerana kebanyakan orang yang saudari kasihi, sedang berada dalam DUNIA YANG BERBEZA. Mereka belum berhijrah atau memahami dunia yang saudari sedang rasai sekarang.

Mudah cakap, saudari diuji dengan ibubapa atau kenangan silam yang jauh dari agama. Ini bukan suatu yang mudah, ia cukup payah dan perlukan kepada proses motivasi dan sokongan yang berpanjangan.

La haula wala quwwata illa billah...
“Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah”

Ingatlah, tiada suatu kuasa yang akan membantu kita selain dari kuasa Allah. Perbanyakkan doa dan pergantungan hati kepadanya.

LATIHAN KOMUNIKASI

Ustaz merasakan saudari akan mempunyai satu tempat yang penting dalam dakwah di masa hadapan. Kerana itu, Allah mahu mendidik saudari dalam satu keluarga yang kompleks. Ustaz juga melalui perjalanan hidup yang unik, sehingga berpeluang melatih komunikasi diri.

Untuk masa ini, proses komunikasi saudari perlu lebih fokus untuk MELUAHKAN RASA SAYANG kepada ibu dan adik beradik.

Belajarlah ucap “Sayang ibu, terima kasih mak sebab lahirkan saya ke dunia...”
Sentiasa ucapkan kata2 penghargaan. “Tiada ibu di dunia ini selain mama... hanya mama satu-satunya pintu saya ke syurga”

Jangan ada unsur mengajar atau tunjuk pandai. Biarkan mereka tahu bahawa kita SAYANG kepada mereka dan bukan mencari kelemahan atau mencela keadaan mereka. Proses komunikasi sebegini perlu diteruskan sehingga mereka BERSANGKA baik dengan kita. Apabila sampai satu masa, Allah akan menjadikan hati mereka jinak dengan kalam nasihat. Tetapi tidak tahu bila hal itu akan terjadi... sabarlah dalam berjuang.

Dalam masa yang sama, kita teruskan menjaga akhlak islam dan personaliti beragama. Agar mereka akan mengerti bahawa ISLAM adalah cara hidup terbaik. Islam adalah penyelamat. Dan ini memerlukan proses mujahadah yang tinggi. Sabarlah... kerana sabar itu hanya akan diwarisi oleh penghuni syurga Allah.

Dan biasanya, anak seperti saudari akan berpeluang menjaga ibu diwaktu tua. Sebab, hanya anak yang beragama sahaja akan diberi rezeki oleh Allah untuk menjaga ibunya diwaktu tua. Kerana itu adalah sumber pahala.

LELAKI A dan B

Baiklah, berkaitan lelaki A dan B. Ustaz ingin menyatakan kebiasaan lelaki seperti A yang sudah terang bahawa pelaku maksiat. Jika dia seorang lelaki yang melakukan zina, biasanya apa yang dia usahakan sekarang bukan untuk mengahwini saudari, tetapi dia sedang berusaha untuk mendapatkan tubuh saudari. Jika benar sekalipun dia mengahwini saudari, dia tidak akan bersikap setia. Ini kebiasaannya. Kalau dia benar-benar berubah... maka itu perkara yang sangat luar biasa.

Permainan lelaki, adalah permainan yang sangat licik. Oleh itu, jangan ditipu oleh cinta. Terutamanya cinta yang dihantar oleh lelaki yang sukakan zina atau kaki perempuan. Kerana, lelaki seperti ini adalah PEROSAK ANAK DARA orang. Dia juga tidak akan peduli keadaan maruah ISTERInya atau MARUAH ANAK PEREMPUANNYA jika dia menjadi bapa. Fikirkan.

Lelaki B, mungkin jodoh saudari... mungkin juga tidak. Pertimbangkan mengikut keadaan. Tetapi untuk lelaki A... jika boleh, ustaz mohon saudari JAUHKAN DIRI dan PUTUSKAN HUBUNGAN saja. Dia tidak layak menjadi suami kepada mana-mana wanita beriman.

JANGAN LARI DARI KENANGAN, TETAPI BINA KENANGAN BARU

Kenangan lama tidak boleh dipadamkan, kerana ia sebahagian daripada ingatan. Tetapi, cubalah bina kenangan baru yang lebih indah untuk dikenang.

Cuba fahami erti dosa dan maksiat, dan cuba andaikan bahawa percintaan dahulu adalah sesuatu yang berdosa... ia tidak wajar dikenang malah dibenci Allah. Bagaimana kita boleh mencintai atau mengenang suatu benda yang dimurkai dan dibenci Allah? Apatah lagi dengan perangai si A yang sudah jelas sangat dibenci oleh rasul. Maka, mencintai orang2 fasiq adalah suatu dosa.

Percayalah, syaitan itu akan cuba menghidupkan kenangan lama dengan aroma dosa dan maksiat. Hanya orang yang membenci dosa akan membenci kenangan lama. Oleh itu, hayati ilmu agama dan kuatkan iman. Semoga Allah melindungi saudari dari jalan2 maksiat.

“Jangan sesekali kembali kepada si A, kerana dia adalah dosa silam saudari.”

Semoga emel ini memberi kebaikan, insya Allah.

Terima kasih.


0 Responses to "CINTA Baru Selepas Hijrah, Dilema Keluarga & Lelaki"

Catat Ulasan