P

Artikel Pilihan

Mesti Baca

Kenapa Couple Itu Haram? Disini Dalilnya

news image

Ramai remaja membuat alasan bahawa couple itu tidak haram kerana tiada nas yang melarang padanya. Betulkah tiada nas? Bahkan terlalu... Read more

A. Ubaidillah | Julai, 06 2011

Wanita Menyebabkan Lelaki Jadi Lalai

news image

ana ade masalah tentang hubungan , ana menyukai seorang lelaki yg bnama ****** , ana mula menyukai dia semenjak dia menjadi... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 21 2011

Nikah Gantung: Isu Wali & Risikonya

news image
Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan buat ustaz kerana berkesempatan membaca emel saya ini. Saya selalu mengikuti blog ustaz atas cadangan... Read more

A. Ubaidillah | Sept, 14 2011

ARTIKEL UTAMA

Ustaz Cinta

Bila IBU pilih BULU, apa Nak Buat?


http://4.bp.blogspot.com/-fcJzy8pM6mU/TvwmxXy2-dI/AAAAAAAABv4/D73k3cz46u4/s1600/stories.demo.pngsalam ustaz..

sy izah..sy nk ty pendapat ustaz tentang mslh sy yg berkaitan dgn adik dan mak sy..

sy ada seorg adik..dia terlalu degil, xhormat org tua n sy sbg kakaknya..dia juga pernah mahu tikam sy depan mak sy..tp mak sy xmrh pun dkt dia..tp sebaliknya, mak sy marah sy pulak..ckp sy ni mcm2..sy diam sbb sy hormat mak sy..

sy perasan setiap kali adik sy wt hal mak sy selalu sokong dia..sy pun heran dgn tindakan mak sy padahal trg2 adik sy buat salah..siap ckp lg kt sy biasalah 2 dlm keluarga mesti ada sorg yg xdgr kata..ntahlah..sy risaulah dgn mak sy 2..setiap kali dia mrh semua benda dia ckp mmg membuatkan sy terasa hati n kdg2 membuatkan sy menangis..sy takutlah sbb skrg ni sy mengandung,tkt mak sy mrhkan sy dan boleh menyebabkan sy susah bersalin nti..sbb bg sy kata2 ibu kan mcm doa..

kdg2 sy pernah gak ckp dgn mak sbb maklah adik jd mcm 2..selalu sokong adik sy wlupun dia wt salah..mak sy terus marah sy dan siap suh sy bunuh jelah adik sy tue..sy pun xtau nk ckp aper lg..abah sy mrh adik sy pun mak sy blh mrh blk kt abah sy..lglah adik sy naik kepala..abah sy pun xblh nk wt aper dh..skrg sy pun jd tkt nk blk kg..tkt dia aper2kan sy n anak sy yg sulung..

aper yg harus sy lakukan ustaz?

RESPON USTAZ

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Permasalahan saudari ini berlaku dalam jiran tetangga sekeliling kita. Kes sebegini adalah biasa. Iaitu kes manjakan anak secara PILIH BULU. Biasanya isu ini terjadi apabila ibu melebihkan adik BONGSU atau anak tertentu. Sikap memanjakan Ibu akan menjadikan anak itu BESAR KEPALA. Dialah raja dan bos. Situasi itu berlaku dalam banyak keluarga. Bahkan... kena hati2, takut sikap itu juga akan menimpa saudari suatu masa nanti.

Saya sudah menerima aduan kes sebegini dari beberapa keluarga. Rupa2nya kes ini semacam berulang. Jika ibu kita ada sikap begini... kebarangkalian kita juga akan ada terkena sikap PILIH BULU atau DOUBLE STANDARD dalam mendidik anak. Oleh itu. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah :

1) BERDOA. Iaitu berdoa agar sikap buruk itu jangan kita miliki atau jangan biarkan sikap PILIH BULU ini meresap dalam jiwa kita. Takut2 nanti esok kita pula layan anak secara tidak adil. Kedua, kita perlu berdoa agar IBU diberi hidayah oleh ALLAH untuk bersikap adil.

2) KELEMAHAN PIHAK BAPA. Biasanya, Ibu yang berat sebelah atau pilih bulu ini lahir atau berpunca dari didikan agama yang lemah. Ibu yang adil adalah ibu yang sangat menjaga agama. Ibu yang suka pilih bulu atau pilih kasih, biasanya disebabkan nafsu atau tiada asas agama dalam mendidik anak. Dia main ikut rasa saja. Kenapa terjadi begini? Kerana si suami atau bapa saudari 'BARANGKALI' gagal memberi didikan agama dalam pengurusan keluarga.

Oleh yang demikian, saudari perlu mendoakan BAPA saudari juga agar dia bersikap lebih KUAT dari segi penghayatan agama. Barulah, Allah akan membuka hidayah kepada ibu untuk bersikap adil. Bila BAPA tidak adil, maka isterinya akan bengkok. BIla bapa adil dan kuat hubungan dengan Allah, mudah-mudahan Allah akan berikan keadilan dalam keluarga.

3) TERUS KHIDMAT. Saudari sebenarnya diuji oleh Allah dengan ujian yang besar. Kerana Allah tahu saudari layak menanggung ujian ini. Ia berat, tetapi ia merupakan peluang untuk saudari mendapat pahala yang besar. Percayalah, orang yang SABAR dengan ibubapa ini akan mendapat pahala JIHAD. Maka, saudari tidak boleh berjauh hati. Saudari kena memberi khidmat setakat yang mampu. Jika saudari risau akan berlaku masalah kesihatan... tangguhkan dulu bertemu ibubapa. Selepas bersalin nanti kena teruskan berkhidmat. Esok lusa atau selepas ADIK saudari kahwin... barangkali IBU saudari akan sedar siapakah anak yang taat dalam berbudi. Jadi, sabarlah... teruskan berkhidmat.

Saya doakan agar situasi ini menjadi teladan. Jangan saudari pula yang lakukan perkara sama pada anak2. Ini adalah ujian dan juga pengajaran untuk diri kita. Semoga kita menjadi anak dan ibu yang cemerlang. Insya allah... ada hikmah yang besar. Barangkali, Allah mahu memberikan saudari anak yang SABAR dan BIJAK. Sebab itu saudari diuji semasa hamilkan kandungan. Agar anak itu menjadi sebaik dan sebagus ibunya. Insya allah.

Wassalam.


0 Responses to "Bila IBU pilih BULU, apa Nak Buat?"

Catat Ulasan