Thursday, October 01, 2009

Soal Jawab Percintaan - Pilih Jodoh

Emel ini dirahsiakan nama pengirimnya. Harapnya pembaca dapat mengambil pengajaran.


Assalamualaikum...

Apa khabar ustaz? Maafkan saya menggangu... Boleh panggil saya *****.Saya harap ustaz dapat memberi pendapat dengan masalah yang saya hadapi sekarang... Saya sangat buntu untuk buat keputusan demi masa depan saya.

Saya sedang bercinta dengan seorang lelaki, S... Kami telah kenal lama dan merancang untuk berkahwin hujung tahun ini.. Tetapi semakin hampir dengan waktu majlis itu, makin banyak masalah yang menimpa saya.Antaranya ialah :

1- Keluarga saya tidak menyukai pilihan saya kerana dengan alasan mukanya nampak bengis, takut S sebenarnya adalah seorang yang panas baran. Selain dari itu, kami sama-sama anak pertama yang mengikut orang tua saya, akan sentiasa bergaduh. Lagi, keluarga saya tidak menyukai pekerjaannya yang hanya sebagai penjual insurans yang dikatakan tidak menjamin masa depan. Dikhuatiri S akan mempergunakan kelebihan pekerjaan saya sekarang untuk kesenangannya yang mana apabila kami dah berkahwin, sudah semestinya saya tidak boleh melawan kata2 suami..

2- Oleh kerana saya terfikir untuk menyenangkan hati keluarga saya, saya telah berkawan dengan seorang cikgu H.. Dan saya pernah bawa ke rumah untuk diperkenalkan kepada keluarga saya. Ternyata keluarga saya sangat menyukai dia. Tetapi hati saya tetap tidak boleh menerima H kerana saya hanya sayang pada S, yang mana hubungan saya dengan S telah hampir 2 tahun tetapi dengan H hanya 2 bulan. Setiap kali saya pulang ke rumah, keluarga saya mesti mendesak saya untuk melupakan S dan menerima H. Tetapi saya selalu berfikir, saya yang akan hidup dengan lelaki itu pada masa depan antara 2. Dengan itu, saya mengecewakan mereka dengan tetap memilih S. Tetapi dalam masa yang sama, H masih berharap.

3- Di saat yang semakin hampir untuk majlis pertunangan yang kami rancang (keluarga belum tahu kami ingin bertunang), saya mendapat berita yang sangat menyakitkan. Saya dapat tahu S telah mempunyai seorang anak luar nikah dengan seorang perempuan, D. Sebelum ini, memang saya tahu kewujudan D hanya sebagai kawan rapat S. Tetapi saya tak sangka yang S sebenarnya berhubung dengan D untuk berjumpa dengan anaknya. Menurut S, dia sangat sayangkan anaknya dan akan memberi nafkah yang sepatutnya sehingga anak itu besar. Menurut S lagi, dia memang mahu berkahwin dengan D untuk bertanggungjawab tetapi keluarga S tidak boleh menerima D ( keluarga S tidak mengetahui kewujudan anak itu). Selain itu, S berkata hati dia sangat berat untuk berkahwin dengan D kerana tiada menyimpan perasaan lagi. Oleh kerana itu, S membuat keputusan hanya akan menanggung keperluan anak itu sahaja dan akan sentiasa berhubung dengan D kerana anak itu. S juga mahu menjaga hati keluarganya. Dan dari apa yang saya tahu, keluarga S sangat boleh menerima kehadiran saya tetapi bukan D. Dan saya tahu D masih menyayangi S dan akan cuba menambat hati S.

Saya menjadi sangat lemah dengan permasalahan begini. Bolehkah ustaz membantu saya untuk menyelesaikan masalah saya ini?

Patut ke saya meneruskan hubungan saya? Saya tidak mahu kehilangan S, dalam masa yang sama saya takut masa depan saya tidak seindah yang saya harapkan... Apa yang saya takut, bila saya buat keputusan untuk teruskan berkahwin dengan S, D akan datang mengganggu S lagi dengan menggunakan anaknya. Apa yang harus saya buat?

Dan apa yang menjadi masalah lagi, penerimaan keluarga saya terhadap pilihan hati saya ini. Keluarga saya sangat mahukan saya menerima orang yang menjamin masa depan saya (kerja kerajaan). Saya jadi buntu dan takut untuk berkahwin.

Apa pendapat ustaz? Saya harap ustaz dapat memberi pendapat ustaz pada saya secepat yang mungkin. Terima kasih kerana sudi membaca dan membantu saya. Saya memang sangat memerlukan pendapat ustaz...

Wassalamualaikum....

Assalamualaikum

*****, terima kasih sudi bertanya.

Masalah ***** tidak berat dan tidak sebesar manapun. Cuma, emosi saudari sudah menguasai diri. Dalam hal ini, ***** perlu kembali kepada agama untuk mendapat keselamatan dalam rumahtangga.

Ada tiga perkara yang ***** perlu sedar.

Pertama : Maruah diri.

S adalah lelaki yang tidak setaraf dengan *****. Kerana apa? Kerana dia pernah meniduri seorang wanita atau berzina dengannya. Mana-mana lelaki yang pernah berzina dengan seorang wanita, adalah dilarang berkahwin dengan wanita dara. Ini adalah larangan Allah dalam surah An-Nur. Maksud firman "Penzina lelaki tidak dibolehkan berkahwin kecuali dengan penzina perempuan, dan begitu juga sebaliknya". Jika arahan ini dilanggar, pasti akan berlaku banyak musibah dalam perkahwinan.

Kedua : Berkat dalam pilihan Ibubapa.

Bagi anak perempuan, pilihan ibubapa adalah sangat memberi kesan dalam kehidupan berumahtangga. Ia tidak sama dengan anak lelaki. Jika anak lelaki, dia berhak untuk membuat keputusan. Sedangkan anak perempuan diwajibkan mematuhi kehendak bapa dalam pemilihan jodoh. Kerana bapa disebut sebagai wali mujbir. Iaitu wali yang berhak memaksa anaknya kahwin. Jika mampu dipatuhi, percayalah ada keberkatan dalam rumahtangga.

Ketiga : Kebahagiaan itu Datang melalui pengamalan agama. Bukan keran cinta.


Ingat, tidak ada rumahtangga yang bahagia tanpa pengamalan agama. Cuba cek, antara S dan dan cikgu H, mana satu lebih beragama. Mana satu yang lebih menjaga solat. Bagi ustaz, jika S pernah berzina ustaz berani jamin dia bukan jenis orang bergama. Entah solat atau tidak. Oleh itu, cuba tengok cikgu H bagaimana? Kalau jenis orang bersolat, maknanya dia akan mampu bawa kebahagiaan dalam rumahtangga.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia. Ramai orang bercinta bagai nak rak, tapi bercerai berai juga. Ramai yang kahwin suka sama suka. Tapi, rumahtangga kecoh. Ini bukan soal cinta atau suka. Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah. Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga. Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia.

Oleh itu, jika ***** hanya Cinta kepada S yang maruahnya rendah di sisi agama dan seorang yang tidak mengamalkan Islam. Maka cinta ***** itu sebenarnya tidak 'rasional' malah jauh dari kebahagiaan sebenar. Oleh itu, ***** kena sedar bahawa peranan besar suami itu adalah yang menyelamatkan kita dari dosa dan membawa ke syurga. Jika cikgu H mampu membawa ***** ke jalan itu, mungkin dia adalah pilihan yang tepat. Jika dia pun 2 X 5 dengan S. Elok cari orang lain.

KESIMPULAN

Ustaz sebenarnya masih ada beberapa perkara yang perlu dikongsi, cuma...buat masa ini cukup setakat itu dahulu. Seeloknya ***** perbaikilah diri dan banyakkan berdoa. Biasanya calon kekasih kita ini adalah cermin kepada diri kita. Jika kita baik, pasti kita akan dapat pasangan yang baik. Jika kita tidak bagus...calon kekasih kita pun sama dengan kita. Muhasabahlah.

Selamat berusaha.

Salam aidilfitri.

Wassalam.

Assalamualaikum kembali...

Saya rasa belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin.. Terima kasih kerana ustaz mahu berkongsi pandangan dengan saya. Tetapi masih ada lagi yang belum saya perjelaskan di sini. Saya harap sekali lagi ustaz boleh menolong saya menyelesaikan masalah ini.

Sebenarnya saya berasa malu untuk membuka rahsia ini. Tapi saya sangat keliru dan mahukan pandangan dari ustaz. Saya harap ustaz dapat menyimpan rahsia saya ini. Yang sebenarnya saya juga telah terlanjur dengan S. Kerana firman itulah yang pernah saya baca sebelum ini, membuatkan saya mahu terus mempertahankan S untuk menjadi suami saya. Apa pandangan ustaz mengenai masalah ini? Apa yang saya rasa sekarang, saya sudah tidak layak untuk mana-mana lelaki. Dan saya hanya mahukan S yang bertanggungjawab selain rasa sayang padanya. Maafkan saya. Malu untuk membuka pekung di dada tapi saya hanya mempunyai ilmu yang tidak seberapa dan kerana itu memohon dari ustaz yang mempunyai ilmu yang luas.

Selain itu, saya juga mahu tahu pandangan ustaz mengenai S. Adakah patut dia berkahwin dengan D untuk bertanggungjawab atas perbuatannya? Saya pernah menasihatinya untuk berkahwin dengan D. Dan S menjawab dia boleh berkahwin dengan D tapi akan bertahan dalam masa yang singkat. Saya rasa ustaz faham maksud S. Dia akan berkahwin dengan D tapi akan bercerai selepas itu. Katanya demi keluarganya yang tidak dapat menerima kehadiran D. Apa pendapat ustaz tentang ini?

Saya juga ada mendengar, dan saya hanya mahu kepastian dari ustaz. Adakah anak yang ada itu menjadi bukan muhrim dengan S? Adakah anak itu boleh dikahwini S? Saya ada terdengar perbualan kawan-kawan saya mengenai ini. Adakah benar?

Saya rasa setakat itu dulu yang saya mahu tahu. Terima kasih pada ustaz kerana sudi menolong saya. Sesungguhnya saya seorang manusia yang jahil di muka bumi ini. Semoga saya dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin hendaknya. Terima kasih sekali lagi.

Wassalam....

Assalamualaikum *****

Bertemu lagi,

Selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Alhamdulillah, ***** masih mahu berbincang dengan ustaz. Apapun, ustaz akan berkongsi dengan ***** secara jujur. Sebagai seorang saudara seagama, ustaz akan memberi respon atas segala kemusykilan yang diajukan selagi termampu.

Isu 1 : Penzina akan mengahwini penzina

Ini benar, jika ***** pernah berzina maka sewajarnya ***** mengahwini lelaki yang pernah berzina. Ia dianggap perlu kerana agama menyatakan begitu. Namun, tidak semestinya ***** mengahwini S. Tapi, jika dia adalah pilihan yang dirasakan sesuai...maka teruskan saja.

Isu 2 : Hubungan antara lelaki dan anak zinanya(perempuan).

S sebenarnya tidak wajib memberi nafkah kepada anak zinanya. Tidak wajib dan tidak sunat. Jika dia berbuat begitu, ia sekadar harus sahaja. S boleh sahaja mengabaikan hak nafkah anak luar nikah tersebut jika dia mahu. Berkaitan hubungan antara S dan anak luar nikah, sememangnya S tidak ada hubungan dari segi hukum. Dan S boleh saja berkahwin dengan anak zina kerana ia tidak ada hubungan bapa dan anak.

Isu 3 : Berkahwin dan bercerai.

Isu berkahwin dan bercerai ini urusan allah. Kita berikhtiar dan tuhan akan menentukan. So, kalau boleh ***** kena minta S benar-benar 'Putus' hubungan dengan D. Biar cerita lama itu terkubur dan segala jenis hubungan antara S dan anak D juga biarlah berakhir. Kerana ini boleh menjejaskan perkahwinan ***** dengan S untuk jangka masa panjang.

Itu sahaja untuk kali ini, harap dapat membantu.

Wassalam.

SOAL JAWAB 'PERMASALAHAN CINTA' - Putus Cinta

Diharapkan emel ini memberi pengajaran kepada remaja

Assalamualaikum ustaz..
saya memohon maaf seandainyer kedatangan emil saya ni menggangu rutin ustaz
bagi memendekkan kalam..saya ingin meminta sedikit pandangn dan nasihat dari ustaz bg permasalahan yg saya hadapi ini.
ustaz,
saya mempunyai seorg sahabat yang menghadapi masalah cinta...sahabat saya, dulu dy mempunyai seseorg yg boleh dikatakan sebagai kekasih..mereka berkenalan sewaktu sama2 mengambil peperiksaan stam di sebuah sekolah arab di pdg pak amat pasir puteh..selepas tmat tingkatan 6...si lelaki cuba menghubugi sahabt saya..dan dy berjaya..namun sahabat saya pd mulanyer tidak menyukainyer dan tidak melayan,krn untuk mengetahuan ustaz,lelaki ni terkenal di sekolah sbg 'bnyak mulut'...namun akhir nyer sahabat saya ni terjerat dgn cinta 'banyak mulut' dan cnta "mulut manis'...slpas keputusan satm diumumkan...si lelaki ini akhirnyer meyambung pengajian di universiti ****** dlm bidang lughah..dan kini brada di thun akhir dan sahabt saya bru saya menamatkan pengajian dlm bidang syariah di ****,********* (Dirahsiakan)
sepanjang si lelaki meyambung pengajian di sana..pd 6bulan,thun pertama..dy dgn beraninyer sekali lg menghubungi sahabat saya,dgn alasan rindu pd sahabt2 di tanah air...dan bermula dari itu la..dy slalu menghubungi sahabat saya..sehingga dy pulang ke malaysia untuk bercuti..sekitar bulan 8 thun lpas..sepanjang percutian di malaysia.dy berjaya mengetuk pintu hati sahabat saya,yg slama ini kuat berpegagng ps prinsip..tp akhirnyer prinsip yg dipegagng di ketepikan krn mula merasakan cinta si 'mulut manis'..adalah lelaki yg dicari...
berbulan2 memadu cinta..namun sahabt saya ni,egonyer menghalang untuk meyatakan cinta..dan melafzkan tiga perkataan itu...tp si lelki dgn tidak segan silu menyatakannyer...terdetik di hati saya dan tertanya2...'adakah ini lelaki yang di cari sbg khalifahnyer?'...namun saya menafikan kata hati ini..'emm..biasalah org baru bljr bercinta...ustaz pon,klu dah dibutakan dgn cinta..boleh jd lebih dr org yg bukan berlatarkan agama....namun sbg shabat,saya sentiasa mengingatkan sahabat saya akan 'zina hati'..namun ustaz..fham2 je la..darah muda..first time jtuh cinta...org ckp..mmg dah x pkai..masuk tlinga kiri keluar telinga kanan..emm..saat tu..trase saya ni dah x diperlukan....nmun rupanya Allah sekadar menguji kekuatan ukhwah kami...dan tanpa di duga..sahabat saya diuji..apabila dy mendapt khbr berita yg s lelaki sudah bertunang dan akan berkahwin(lelaki itu baru sahja melangsungkan mjlis perkahwinnyer smlm-jumaat bersamaan 6syawal-25/9/09)...
ya allah..yang maha pengasih..saya diuji dgn kesabaran melayan kerenah sahabat saya..yang kini diketegorikan sebagai putuc cinta..satiap hari,hanya air mata yg menmaninyer...dan alhamdulillah..hari ini saya mmpu melihat nur ceria diwajahnyer... syukur ku kehadrat ilahi..krn msih memelihara sahabat sy dari trus terperangkap dgn cinta dusta...untuk pengetahuan ustaz..dulu saya amat mengagumi lelaki ini..petah berbicara..pandangan yg diberi sunggh berpaksikan ilmu...namun saya tidak thu knpa si lelaki ini,dlm sekelip mata menjadi manusia bertopengkan syaitan....astqfirullah hal azim..mengucap panjang saya bile mengetahuinyer..nmun..rupanyer ada hikmat disebalik kejadian ini..
persoalan saya untuk ustaz...
1. pada pandangan/pendapt ustaz..si lelki ini tergolong dlm golongn yg bagaimana dan adakah patut saya bertnyakan pd dy crita yg sbnr..krn ustaz saya merasakan tidak puas hati dgn segala tindakan nyer..meninggalkan sahabat saya tnpa sebarang penjelasan..dan klu boleh ustaz bg lah sdikit nasihat atau apa yg perlu saya lakukan untuk membantu sahabat saya..supaya dy tidak terus mengharap pd lelaki itu lg...
syukran, wassalam


Waalaikumussalam

Terima kasih sudi bertanya pandangan ustaz.

Panjang enti bercerita. Ceritanya juga menarik. Itulah warna kehidupan. Kena banyak belajar dan teliti hikmah di sebaliknya.

Menjawab persoalan enti : pada pandangan/pendapt ustaz..si lelki ini tergolong dlm golongn yg bagaimana dan adakah patut saya bertnyakan pd dy crita yg sbnr..krn ustaz saya merasakan tidak puas hati dgn segala tindakan nyer..meninggalkan sahabat saya tnpa sebarang penjelasan..dan klu boleh ustaz bg lah sdikit nasihat atau apa yg perlu saya lakukan untuk membantu sahabat saya..supaya dy tidak terus mengharap pd lelaki itu lg...


Respon :

- Kebiasaan lelaki yang bermulut manis dengan 'wanita' dan petah berbicara ini mempunyai sikap hipokrit. Atau lebih tepat ialah 'munafiq'. Orang munafiq ialah orang yang cakap tidak serupa bikin. Barangkali lelaki itu ada ciri-ciri tersebut. Bukan ustaz menuduh, tetapi ini adalah hujjah berdasarkan hadis nabi. Kerana itu, Imam Syafie menyebut 'jika lelaki itu berkawan dengan wanita, maka itu tanda lemah pekertinya'. Berkawan di sini ialah bercinta dan berkasih. Seorang lelaki yang kuat jiwa dan utuh status khalifahnya adalah lelaki yang 'kurang bercinta' tetapi 'bertanggungjawab'.

Sepatutnya seorang wanita menilai lelaki dari sikap tanggungjawabnya kepada keluarga, kepada ibubapa, kepada pelajaran. Bukan menilai pada manisnya pertuturan dan sedapnya percakapan atau memuja. Ini adalah kekurangan wanita kerana kebiasaan wanita memang tidak mampu melawan mulut manis lelaki. Mudah tenggelam dalam pujian. Ini adalah fitrah. jadi, ada sebahagian lelaki mengambil kesempatan dan menggunakan kelemahan wanita ini untuk kepentingan peribadinya. Untuk seronok-seronok. Untuk melepaskan nafsu syahwat dan sebagainya. Oleh itu, sesiapa sahaja perlu berhati2 dalam hal ini.

- Untuk menghilangkan kesedihan, sepatutnya sahabat enti sedar bahawa 'kalau dah jodoh, memang tidak ke mana'. Jika tidak ditakdirkan bersama, maka lelaki itu 'bukan lelaki terbaik' untuknya. Kenapa perlu sedih? Sekalipun kita melihat seolah sahabat enti ditinggalkan atau dipergunakan...namun, hakikatnya Allah SWT telah menyelamatkan sahabat enti dari seorang lelaki 'hipokrit' dan 'cakap tidak serupa bikin'. Maka, harus difahami bahawa sahabat enti bukan kehilangan 'kekasih' tetapi telah terserlamat dari berkahwin dengan seorang 'lelaki' yang lemah peribadinya.

Apa yang wajar dilakukan sekarang ialah... kena banyak berbicara dengan kwan2 yang pernah melalui situasi yang sama. berbincang dan berkongsi perasaan. Kemudian, saling nasihat menasihati. Perlu ingat, pengalaman pahit adalah suatu pengalaman berguna untuk digunakan dalam hidup mendatang. Belajar bangkit dari kekecewaan adalah suatu pengalaman yang mematangkan diri kita.

Banyakkan berdoa dan istighfar. Mungkin allah mahu mengkifarahkan dosa dan perbuatan kita yang lalu. Memandangkan Allah menyayangi shabat enti lalu diberikan ujian untuk melihat ketaatan dan keredhaannya pada takdir Allah SWT. Oleh itu, bersabarlah. Percayalah...akan ada lagi lelaki yang terbaik untuk diri sahabat enti.

Wassalam.

Thursday, September 03, 2009

HUKUM PERCINTAAN ‘COUPLE


Firman Allah “ولا تقربوا الزنا” Mafhumnya “Jangan mendekati zina”. Zina itu banyak kategori.


Zina mata, zina telinga, zina anggota dan zina hati. Adalah dosa kecil.


Zina kemaluan. Adalah dosa besar.


Ramai remaja kita masih belum tahu bahawa zina di dalam Islam itu ada banyak kategori. Justeru, disebutkan bahawa semua zina anggota atau perlakuan yang merangsang nafsu syahwat itu adalah suatu perbuatan zina. Bukan semata-mata zina kemaluan sahaja.


Remaja perlu tahu apakah itu langkah-langkah menghampiri zina.


Langkah menuju zina itu ada lima :


1.Pandanganنظر)) - Mata adalah panah iblis.


Adalah salah jika remaja bermain mata, pandang-pandang dan saling betatapan sekalipun dalam jarak yang agak jauh. Jika memandang itu sekadar mahu 'melihat' bahagian tubuh yang harus seperti muka, maka ia tidak menjadi suatu kesalahan. Tetapi, jika pandangan itu adalah 'menatap' bahagian tubuh dan bertujuan untuk mengikut naluri nafsu. Maka hukumnya haram. Contohnya melihat aurat dan bahagian menonjol di tubuh wanita.


2.Senyuman(بسم) - Adalah dilarang berbalas senyuman teruna dan dara tanpa sebab.


Senyuman yang menggoda adalah haram. Apatah lagi jika dibuat2 untuk menarik perhatian lelaki atau wanita yang bukan muhrim. Jika senyum sesama jantina, itu sedekah. Senyum untuk kawan atas sebab biasa, itu harus. Yang tidak dibenarkan ialah senyuman untuk mengurat dan bertujuan maksiat. Itu kena cek niat masing-masing.



3.Salam @ sapaan & perbualan(كلام) – Tengok situasi dan keadaan. Yang dilarang ialah ‘Mengurat’ atau ‘Tackle’. Melalui SMS, Telefon dan alam realiti. Ini namanya proses 'usha-usha'.


4.Rancang pertemuan(Appoinment)(وعد) – Rancang untuk berbual semula. Rancang untuk bertemu di YM. Rancang untuk bertemu secara face to face. Jika terselit di hati untuk bertemu kerana mahu berpegangan, berperlukan dan seumpamanya. Maka ia adalah haram.


5.Bertemu(Date)(لقاء).


Apabila seseorang dating, di situ ada perbualan, ketawa, senyuman, gurauan, sentuhan dan pandangan serta tatapan. Maka, ia dilarang keras. Apatah lagi jika pertemuan itu berlangsung secara berdua-duaan. Jika pertemuan di rumah perempuan kemudian ditemani oleh ibubapa perempuan. Itu tidak menjadi masalah.


Itulah lima perkara yang boleh membawa kepada dosa kecil. Sebelum berlakunya dosa besar iaitu Zina Kemaluan. Atas sebab itu, islam melarang kita membiasakan diri dengan dosa kecil ini. Jika dilihat, banyak berlaku zina di pejabat dan di tempat lain kerana kakitangan gagal memelihara lima perkara tadi.


Berdasarkan keterangan tadi, maka sudah jelas bahawa :


Hukum ber ‘couple’ adalah haram. Ia adalah dosa kecil. Dan boleh menjadi punca kepada dosa besar iaitu Zina. Dosa kecil bukanlah sesuatu yang berat, namun jika dilakukan terus menerus. Boleh menjadi punca Su’ul khatimah. Mati tanpa iman.


SEBELUM MEMBACA TOPIK HUKUM COUPLE, SILA BACA KISAH INI TERLEBIH DAHULU


Memang sukar untuk menceritakan kisah percintaan yang baik. Memandangkan zaman sekarang kebanyakan bahan bacaan dan media memaparkan bentuk percintaan yang menyalahi konsep agama. Jika ada pelajar yang bertanya “Ada tak kisah percintaan yang baik?” “Bagaimana para sahabat atau tabi’en dulu bercinta?”. Persoalan ini membuatkan saya sering tercari-cari kisah mereka. Kisah yang wajar dan sesuai dikaitkan dengan persoalan cinta dan kebahagiaan.


Setelah saya mencari, rupanya banyak kisah yang mampu diteladani dalam mencari cinta dan kebahagiaan. Justeru, saya memetik tiga kisah sahaja untuk dipaparkan kepada pembaca. Mungkin di sana ada suatu nilaian dan perbandingan dengan situasi percintaan hari ini.


KISAH MUBARAK


Mubarak adalah bapa kepada Abdullah bin Mubarak iaitu seorang Imam dalam ilmu hadis. Namanya Mubarak. Dulu, Mubarak itu seorang budak. Tuannya memerdekakannya karena keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka, dia bekerja dengan seorang kaya raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Dia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi semua teman-temannya dan penduduk di sekitar kebun.


Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata, “Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!” Mubarak seketika itu bergegas ke kebun. Dia memetikkan beberapa buah dan membawanya pada Tuannya. Dia menyerahkan kepada Tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya kecut dan belum masak. Dia mencoba semuanya satu persatu, semuanya kecut dan belum masak.


Pemilik itu gusar dan berkata,”Apakah kau tidak biasa membedakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan mana yang kecut?”


“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya biasa merasakan yang manis dan yang kecut,” jawab Mubarak.


“Apa? Sekian tahun kamu bekerja di sini dan menjaga kebun delima yang luas sebegini lalu kau bilang belum pernah merasakan buahnya. Kau berani berkata seperti itu!” Pemilik kebun itu marah kerana merasakan dirinya dipermainkan.


“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah mencicipi satu butir buah delimapun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk mencicipinya?” lirih Mubarak.


Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun dia tidak langsung percaya begitu saja. Dia lalu pergi bertanya kepada teman-teman Mubarak dan tetangga di sekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima.


Seorang temannya bersaksi, “Dia orang yang jujur, selama ini tidak pernah berbohong. Jika dia tidak pernanh makan satu buahpun sejak bekerja di sini bererti itu benar.”


Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam dia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu. Untuk lebih meyakinkan dirinya, dia kembali memanggil Mubarak,


“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buahpun selama menjaga kebun ini?”


“Benar Tuan.”


“Berilah aku alasan yang bisa aku terima!”


“Aku tidak tahu apakah tuan akan menerima penjelasanku atau tidak. Saat aku pertama kali aku datang untuk bekerja menjaga kebun ini, tuan mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu akadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram. Bagiku karena tidak ada izin yang jelas dari tuan, maka aku tidak boleh memakannya.”


“Meskipun itu delima yang jatuh di tanah, Mubarak?” Tanya tuan kebun.


“Ya, meskipun delima yang jatuh di tanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku untuk memakannya.”


Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Dia sangat tersentuh dan terharu. Dia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata,


“Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku wajar mengahwinkannya dengan siapa?”


Mubarak menjawab,


“Orang-orang Yahudi mengawinkan anaknya dengan seseorang karena harta. Orang Nasrani mengahwinkan karena keindahan rupa paras. Dan orang Arab mengahwinkan anaknya karena nasab dan keturunannya. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu.”


Pemilik kebun berkata,”Aku rasa tak ada orang yang lebih bertaqwa darimu.”


Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata gadis cantik yang solehah dan cerdas. Dia hafal kitab Allah dan mengerti sunah Nabi-Nya. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah Swt. Dia hidup dalam syurga cinta.


Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama “Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenal dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau “Ibnu Mubarak”, seorang ulama dikalangan tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenal sebagai ahli hadis, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenal sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.

SOALAN DAN RESPON

jehan:
ustad ble nk siap wcbs yg kedua

Respon : Dalam proses menulis. Mungkin bulan 12 siap tulis. Terbit tahun 2010.

08086:
salam ustaz...nk ym...mdh sket nk tnye soalan mengenai hukum hakam agama dan bnyk lg...bleh?


Respon : Kalau nak ID YM add aidil06@yahoo.com.

imran jazimin: kalau x kapel nnt kawin bkn atas name cinta lar

Respon : Sepatutnya perkahwinan didasari dengan niat menjaga 'kesucian' maruah dari maksiat. Perkahwinan juga perlu didirikan atas tujuan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Bukan berkahwin semata-mata sukakan 'wanita' atau 'lelaki'. Itu sepenuhnya berasaskan syahwat.

Cinta itu penyeri rumahtangga, namun agama dan akidah adalah asas rumahtangga bahagia. Kahwin tanpa cinta tapi bergama, pasti capai bahagia. Kahwin tanpa agama tapi kerana cinta, akan runtuh jua. Kahwin kerana agama dan bercinta selepas itu, insya allah kekal ke syurga.

plajar@rmaja: salam~ ustaz.. saya nak tanya bkan psl cinta @ bkaitan.. tp hrp ust boleh jwab... sy tanya kat sini terus je lah ye.. em.. ape hukum menari@ berjoget.. @ lebih khusus lagi 'shuffle'..?? sy nk tau sama ada berdosa @ x..?? 2 aje.. hrp ust balas.. wsalam~

Respon : Menari semata-mata, hukumnya harus. Kerana menari boleh menjadi satu senaman. Tetapi, apabila ia diikuti dengan lagu yang berunsur tahayul atau liriknya ala-ala punk atau metalika. Ini sudah dikira berlaku percampuran unsur syubahat. Jika kita berada di dalam bilik dan menari sendirian dengan berlatarkan lagu santai. Ini tidak salah.

Ingat, menari itu tidak salah jika tiada lagu atau tiada hiburan yang melalaikan. Masalahnya, apabila tarian itu termasuklah shuffle biasanya dilakukan bersama dendangan lagu dan dipersembahkan dengan pakaian yang 'tak berapa senonoh'. Di situlah ada pertentangan dengan syarak. Jadi, nak shuffle boleh. Shuffle di rumah seorang diri dan gunakan lagu santai. Jangan guna lagu rock. Senaman di rumah dan menutup aurat elok2.

zinnirah: salam ustaz.sy nk tnya apakah sbenrnya hukum bercouple dr sudut islam...?

Respon : Baca buku 'Aku Mahu Jatuh Cinta...' Kalau ustaz nak ulas di sini memang panjang. Secara ringkasnya islam melarang umatnya ber'couple' kerana ada unsur zina. Sila baca buku ustaz jika mahu penjelasan secara terperinci.

idris azmi: adakah cinta pada manusia menandakan kematangan seseorang?

Respon : Dari mana saudara idris azmi mengambil kenyataan itu? Bercinta bukan tanda matang, namun cinta ini biasanya difahami oleh orang-orang dewasa. Namun kematangan dalam bercinta itu terlalu luas untuk dihuraikan. Apapun, orang yang matang adalah orang yang mencintai isteri yang halal. Menjaga anak2 yang dianugerahkan Allah. Itulah cinta orang matang.

umaira wawa: salam ustaz.apa yg sy tahu hukum bercouple adalah haram tp sy xpasti apa hujahnya.boleh ustaz tolong jelaskan disini?syukran ya ustaz

Respon : Soalan saudari sama dengan Zinnirah. Nampak gayanya, ustaz perlu jelaskan juga di sini. Nanti ustaz usahakan.

Tuesday, May 05, 2009


Assalamualaikum

Ini adalah buku terbaru saya, untuk dibaca oleh orang yang mula mencari cinta dalam hidup. Terutamanya bagi remaja yang sedang berada di kampus dan baru memulakan kerjaya. Semoga mendapat manfaat dari pembacaan ini.

Wassalam.

Tuesday, April 28, 2009

UNTUNGKAH BER‘COUPLE’?


Saya ingin berkongsi dengan pembaca beberapa alasan yang sering diberikan oleh remaja yang bercinta teruna dan dara atau bercouple dalam usia muda. Saya tanyakan hal ini kepada remaja di kampung dan juga beberapa peserta program yang pernah saya sertai. Berbagai jawapan yang diberikan, namun secara kesimpulan saya dapati jawapan mereka terbahagi kepada tiga. Dan saya akan memberi respon bagi setiap jawapan yang dibangkitkan.


SOALAN 1 : Apa tujuan bercouple?


Jawapan 1 : Mahu tanda bahawa dia kekasih saya. Tak nak bagi orang lain dapat.


Respon : Jawapan sebegini biasanya digunakan oleh remaja kampus. Namun, bagi penulis ia adalah satu alasan yang paling popular untuk membolehkan sesebuah pasangan bercinta teruna dan dara.


Kita perlu sedar bahawa manusia biasa tidak mampu meramal masa depan. Adakah dengan bercouple atau mengikat tanda yang seseorang itu adalah kekasih kita, maka semuanya sudah terjamin?


Ini belum tentu terjamin lagi!


Orang bertunang bertahun-tahun pun masih ada kemungkinan berpisah. Orang berkahwin pun masih ada kemungkinan bercerai. Ini bererti kita tidak mampu meramal masa depan. Sekalipun kita tanda ke, kita ikat ke, kita tuning ke, jodoh tiada siapa yang tahu. Jadi, sepatutnya kita perlu banyak berdoa.


Lagi satu, jika benar mahu tanda. Jangan jumpa dengan pasangan saja. Jangan asyik berkepit dengan empunya diri sedangkan keluarganya tidak tahu status hubungan itu. Sepatutnya pasangan perlu berterus-terang dengan berjumpa orang tua masing-masing. Beritahu niat dan minta mereka memberikan restu. Itu yang sepatutnya.


Jadi…fikirkan wahai remaja.


Jawapan 2 : Mahu mengenali bakal pasangan dengan lebih dekat.


Respon : Jawapan ini adalah alasan lemah bagi pasangan yang ingin bercinta. Kerana apa? Sesungguhnya manusia tidak mampu mengenali manusia lain sedalam-dalamnya. Berkenalan atau taaruf adalah proses sepanjang hidup. Orang berumahtangga hampir 20 tahun masih lagi tidak mengenali pasangan dengan sepenuhnya. Inikan pula bagi couple yang berkenalan baru setahun dua.


Lagipun, manusia adalah makhluk beremosi. Manusia sentiasa berubah-ubah berdasarkan kondisi dan situasi. Ada manusia yang baik kemudian bertukar jahat. Ada manusia lembut akhirnya bertukar keras. Mengenali pasangan itu penting, tetapi sepatutnya proses mengenali ini bermula setelah anda duduk bersama sebagai suami isteri.


Sebelum berkahwin, kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, anda terkejut selepas berkahwin.


Ramai kawan saya yang terkejut selepas berkahwin. Apa yang mereka bualkan dan rancang sebelum kahwin, boleh dikatakan berubah sama sekali selepas bersama di bawah satu bumbung. Ini adalah realiti. Justeru, masa yang paling sesuai untuk mengenali pasangan bukanlah sebelum berkahwin tetapi selepas bersama di bawah satu bumbung dengan ikatan yang sah.


Wahai remaja…tidak perlu terburu-buru mengenali bakal pasangan terlalu intim.


Alasan 3 : Mahu memahami wanita dan membiasakan diri dengannya. Agar tidak kekok.


Respon : Jawapan ini adalah jawapan kurang matang. Bagi saya, penyesuaian sebelum berkahwin tidak perlu. Ini kerana penyesuaian antara lelaki dan wanita akan berlaku dengan cepat. Ini adalah tabiat manusia dan manusia akan mudah menyesuaikan diri dengan pasangannya. Selepas kahwin, proses itu akan berlaku dengan sendirinya. Insya Allah.


SOALAN 2 : Apakah keuntungan bercouple?


Jawapan 1 : Bersemangat untuk belajar. Sumber inspirasi.

Respon : Saya fikir memang jawapan ini ada benarnya. Tapi reality menunjukkan masih ramai yang gagal mengawal emosi apabil bercinta sehingga menyebabkan tugu inspirasi mereka tersungkur. Jika dibuat pantauan. Remaja bercouple lebih banyak mengalami pergaduhan dengan pasangannya. Terutamanya apabila musim exam. Masing-masing mudah stress dan tertekan, dan ini akan memberi kesan terhadap exam. Berdasarkan pengalaman peribadi saya, orang bercouple lebih banyak ‘konflik’ jiwa berbanding orang yang ‘Single’. Dan ini mengundang risiko dalam pengajian.


Memang ada pasangan yang saling memberi inspirasi. Namun, rata-rata pasangan yang bercinta mengalami banyak konflik. Konflik ini selalunya mengganggu fokus pada pengajian. Jadi, elakkan saja. Jangan mengambil risiko jika anda bukan seorang yang mampu mengawal gelora emosi.


Jadi…hati-hati dalam bercinta. Kelak masa depan kita juga yang merana.


Jawapan 2 : Cepat matang dan bijak dalam pergaulan.


Respon : Betulkah akan cepat matang? Mungkin betul. Tapi…untuk matang masih ada banyak cara lagi. Berdasarkan pengalaman peribadi saya. Orang bercouple kebiasaannya adalah rendah maruahnya. Mudah ditewaskan dengan emosi dan terburu-buru dalam mengikut perasaan. Orang sebegini lambat matang. Orang yang cepat matang ialah yang memberi penekanan kepada harapan keluarga, kerjaya dan prospek masa depan, serta tahu merancang hidup. Di samping tidak mencuaikan emosi dan perasaan kasih sayang.


Justeru, bersosial memang mampu mematangkan seseorang. Lebih luas pergaulan, lebih banyak pengalaman. Lebih banyak kenalan, lebih cepat memahami karenah orang. Justeru, berkomunikasi dan berinteraksi perlu fleksibel. Bukan sekadar berbicara dengan kekasih malah perlu berbicara dengan orang yang lebih tua.


Apa yang sering berlaku ialah pasangan yang bercouple tidak suka bergaul dengan orang lain. Orang bercouple tidak mahu orang lain busy body tentang urusan peribadinya. Malah, kebanyakan remaja yang ada pasangan sering bersendirian melayan handphone dan sms. Sehinggakan kerap berlaku pergaduhan mulut apabila ada kawan yang lain menegur atau seolah-olah mengganggu privacy mereka.


Realitinya, remaja yang bercinta ini lebih cepat merajuk dan lebih cepat melatah. Kadang-kadang orang bercinta ini sensitifnya melampau-lampau sehingga menyusahkan mereka untuk bersosial. Ini adalah suatu perkara yang memang berlaku dan selalu saya temui. Akibatnya apa? Akhirnya remaja yang bercinta ini sukar ditegur, sukar dinasihati, sukar didekati dan menjadi lebih teruk perangainya. Bukan makin matang, malah makin tidak cerdik.


Jadi…hati-hati jika anda mahu bercinta. Jangan tersalah memberi alasan. Kononnya mahu cepat matang, akhirnya jadi lebih lembab.


Jawapan 3 : Memberi kesedapan hidup.


Respon : Biasanya, jika remaja memberi alasan sebegini. Saya akan mati hujjah. Saya akan diam dan sekadar menjawab “No comment”.